Thursday, October 29, 2009

Ha..... Buat Apa Tu...


Ha.... Bawak masuk kucing dalam rumah ye Haziqah... Bagi tau dng abah nanti...... Kucing nie kalau ada suami saya kat rumah memang tak kan masuk punya.... takut...Haziqah nie tukang buli kucing..... nie bukan kucing bela kucing duduk kat luar aje.... tapi suka gak kalau dimanja-manja........

Wednesday, October 28, 2009

Makan Pun Kena Beratur.......

Dulu masa anak dua beli meja makan yg untuk 4 orang aje bila anak dah 4 kan tak muat nak makan atas meja... jadi macam nie le anak2 makan beratur kat lantai....... kesian.... makan pun beratur kan....

Monday, October 19, 2009

Cenderahati Buat Nabila di hari Konvo UITM

Amboi si anak dara Haziqah yang lebih2 nie kan.....


Ha... ini adalah cenderahati untuk anak saudara saya Siti Nabila Ismail yang terima diploma pada hari ahad tadi di UITM. Tahnian mak cik dan pakcik sekeluarga ucapkan... semoga lepas nie dapat ijazah pulak .... cenderahati nie mak cik buat sendiri tau Nabila tak beli tau... Kami sekeluarga tak dapat pergi tengok Nabila Konvo jadi kirim hadiah aje la...

Ketupat


Hai... ini permintaan dari anak bujang saya... Raya nak makan ketupat... Dia boleh tunjuk gambar ketupat yang ada kat majalah giant... Jadi ummi nie pun gi le cari daun ketupat dalam hujan2.... anak punya pasalkan .... dah tu pulak si bujang tahun nie puasa penuh dalam bulan ramadhan nie.... Jadi ummie dan abah pun ikut kan ajelah kemahuan si bujang ... Nasib la ummie nie pandai gak menganyam ketupat save sikit kalau tak mahal tau nak beli yang dah siap tu... Ada sapa2 nak belajar anyam ketupat tak meh sini... Ini aje gambar yang diambil menjelang hari raya... masa hari raya pertama tu tak teringgat pun nak ambil gambar sebab terlampau sibuk layan tetamu almaklum pertama kali beraya kat rumah sendiri... sedara-mara ada yang tak percaya kami beraya kat rumah sendiri tahun nie... best gak ...

Rezeki Ramadhan


Ha nie le kerja yang dibuat masa bulan ramadhan yang lepas. Sibuk sampai tak dapat nak up-date blog.... antara kerja2 yang dibuat hias kotak kurma nie pakai reben.... buat reben... gubah kotak... kotak yang kat dalam gambar tu aje dekat 2500... Tapi itulah namanya rezeki ramadhan kan Alhamdullilah. Projek2 lain anak2 tak pulak ambil gambar jadi tak dapat lah nak berkongsi dng rakan blogger semua.

Wednesday, October 7, 2009

Syawal Pertama Dan Terakhir

Syawal tahun ini adalah syawal yang mungkin menjadi satu kenangan yang pertama dan terakhir antara kami sekeluarga bersama Kak Semah. Kak Semah adalah kakak ipar saya kakak kepada suami saya. Kami tak pernah beraya bersama sebelum nie coz Kak Semah tinggal di Terenganu dan kami pula selalunya beraya dikampung terlebih dahulu. Tapi tahun nie beria benar saya nak beraya kat rumah sendiri. Rupanya kami nak sambut raya bersama Kak Semah sekeluarga. Tapi itulah Syawal yang pertama dan terakhir bersama Kak Semah kerana Kak Semah lebih disayangi dan pergi meninggalkan kami semua pada 1 10 09. Semoga Kak Semah ditempatkan bersama mereka2 yang dirahmati Allah S.W.T. . Kepada anak2 Cik Atie dan Mamak Sekeluarga sentiasa ada kalau kalian memerlukan kami. Semoga kalian sentiasa tabah dalam menempuh hari2 mendatang.