Tuesday, November 27, 2012

"Hasbunallah wa ni'mal wakil"

"Hasbunallah wa ni'mal wakil"
" Hasbunallah wa ni'mal wakil" , diucapkan oleh Ibrahim takala dia dilemparkan ke dalam api sehingga api itu tiba-tiba menjadi dingin dan tidak menghancurkan Ibrahim. "Hasbunallah wa ni'mal wakil ", juga diucapkan oleh Nabi Muhamad saat perang Uhud, kemudian Allah pun menolongnya.

Ketika hamba meyedari bahawa semua ini adalah perlindungan rabbani tentunya ia juga akan menyadari bahawa di sana ada Rabb Yang Maha Kuasa, Maha Penolong , Perlindung dan Maha Pengasih. Dan , saat itulah ia bergantung kepada-Nya.

{Maka Allah adalah sebaik-baik penjaga dan Dia adalah Maha Penyayang di antara para penyayang.} QS. Yusuf : 65

Petikan dari buku La - Tahzan

Wednesday, September 19, 2012

Makan-makan bersama anak, cucu dan cicit

mak2 dara bergambar...he

menu hari ini... ketam besar...

Cicit Ahmad

Birthday girl and boys.....

Cicit Aniq

Makan time......

sesi buka hadiah.....Abah birthday... Happy birthday

Thursday, September 13, 2012

Hari Raya .... Pokadot..........

Anak dara berposing di pagi raya...
Mak2 dara pulak berposing

Sekeluarga bergambar di pagi raya

Tuesday, August 14, 2012

Salam Aidilfitri

Salam Aidilfitri buat semua sahabat blog yang dikasihi semoga kalian semua beroleh berkah dan rahmat

Wednesday, July 18, 2012

Salam Ramadhan

19/7/2012
Hujan rahmat turun menyambut kedatangan Ramadhan.... Ya Allah kau bukalah pintu2 rezeki buat kami.. Kau bukalah pintu2 keampunan buat hambaMu yang selalu melupakanMu Ya Allah.... Kau tetapkanlah iman2 kami Ya Allah.... Kau jadikan lah kami hamba2Mu yang selalu bersujud hanya kepadaMu Ya Allah...Kau Rahmatilah kami.... Kau jadikanlah kami anak2 yang soleh dan solehah.... Kau berilah kesabaran kepada kami Ya Allah ... kerana kesabaran adalah kunci kepada ketenangan hati...... Alhamdulilah syukur atas nikmatMu Ya Allah...........

Salam Ramadhan buat semua sahabat saya di alam maya ini semoga kalian semua beroleh Rahmat dan sentiasa dalam Redha Ilahhi.................Jadikanlah Ramadhan Kali Ini Adalah Ramadhan Yang Paling Baik Dari Ramadhan Yang Sebelumnya

Tuesday, June 12, 2012

Haziqah


Ha... masuk bilik ummie siap posing atas katil ye... gambar sebagai saksi nie.... bagi tau kat abah...

Sunday, May 20, 2012

Koleksi Hantaran Unggu Putih ( Haikal Dan Nasirah)








Assalamualaikum buat semua sahabat blogger..... lama sungguh tak berblog rasa macam blog nie dah bersawang-sawang he..he.. semoga rakan2 semua sihat dan sentiasa berbahagia selalu hendaknya.... ini koleksi hantaran terbaru untuk anak buah Haikal dan Nasirah yang akan melangsungkan pernikahan mereka pada 2 jun ini di Pulau Pinang.....Semoga kalian berdua diberi rahmat dan berkah atas perkahwinan ini.... dan ini adalah buah tangan cik atie untuk kalian berdua semoga suka.....

Thursday, March 15, 2012

Hadis

Rasullulah SAW bersabda: Dalam hadis yang dirawikan oleh Ma'qal bin Yassar:
"Akan datang kepada manusia zaman di mana Al-Quran dijadikan seperti pakaian pada badan oleh para pemimpin. Semua urusan mereka didasarkan tamak, tidak ada lagi perasaan takut kepada Allah. Jika salah seorang dari mereka bersikap baik, dia berkata, "Allah menerimaku."Dan jika berbuat jahat, dia berkata, "Allah akan mengampuniku." Maka mereka telah meletakan tamak, tempat khauf(takut) akibat kebodohan mereka terhadap ancaman -ancaman Al-Quran dan ayat-ayat di dalamnya,"

(Petikan Penenang Jiwa)-Mencampuradukan antara kebenaran dan kebatilan.

Sunday, March 11, 2012

Cubaan ke tiga apam poka dot.....


Akhirnya jadi juga.... apam poka dot nie......

Wednesday, March 7, 2012

Apam Poka Dot.....

Cubaan kali kedua.....

Cubaan kali pertama.......



Ha nie lah hasilnya percubaan buat apam poka dot.... he... tapi kenapa tak cantik macam gambar dalam internet ye.... mula2 buat macam ada bintik2... kali kedua dah ok sikit..... itulah dia belajar tak berguru... gurunya resepi kat internet....

Monday, March 5, 2012

Hadis...........

"Iman itu ada lebih dari tujuh puluh pintu. Yang terendah di antaranya adalah membuangkan sesuatu yang menyakitkan di jalan."

(Sabda Rasulullah SAW : Petikan Penenang Jiwa)

Thursday, March 1, 2012

Hadis...

Rasullulah SAW bersabda :
" Sedekah itu dapat menghapuskan kesalahan (dosa) sebagaimana air memadamkan api. Wahai Kaab bin Ujarah, sungguh tidak akan masuk Syurga daging dan darah yang tumbuh atas usaha haram. Neraka lebih patut untuknya. Wahai Kaab Bin Ujrah, manusia di waktu pagi, terbahagia dua. Ada yang memerdekakan dirinya dan ada pula yang membinasakanya. Wahai Kaab Bin Ujrah, solat itu amalan yang mendekatkan diri kepada Allah, puasa sebagai pelindung dan sedekah menghapuskan dosa sebagaimana air memadamkan api."

Petikan Penenag Jiwa (Keutamaan Sedekah)

Tuesday, February 28, 2012

UAI..............


Ceramah UAI di Masjid negeri Shah Alam ........ lebih 30,000 .... Alhamdulilah dapat bawa anak2 gi dengar ceramah agama sesekali ....


Kat depan Masjid Shah Alam .... suka masjid nie tenang je.... dan kemudahan banyak sekali


Tu dia UAI.... ha dapat tengok kat situ je lah... org nya jauh nun di depan.... he...

Sunday, February 19, 2012

Cup Cakes (Pertunangan Yana Dan Udin)


Hari tu ada up-date gambar nie... tapi masih dok dalam kotak... yang nie gambar cup cakes yang telah disusun cantik atas pinggan bertingkat tu.... hasil shoot dari Rashidah Ahmad

Thursday, February 16, 2012

Koleksi Hantaran Merah Hitam (Shahira dan Fariz)


Salam kepada semua sahabat blogger yang menantikan kehadiran koleksi hantaran terbaru.... gambar nie dah agak lama juga.. tapi tak de kesempatan nak edit ..... Shahira anak kepada jiran baru saya... semenjak pindah kat sini tak banyak tempahan hantaran yg saya buat... sebab orang masih tak kenal saya sanggat kat sini.... Shahira nak warna merah dan hitam.... sekarang pulak tengah hot hantaran atas polestrin berbentuk bantal.... barang2 kami beli di nilai 3.... banyak pilihan kat sana... tapi kos hantaran nie tinggi sikit sebab warna hitam tu payah sikit nak cari bahanya kalau ada harganya mahal la sikit.....gambar kat atas tu lah tuan punya hantaran yg kat sebelah tu pulak tuan punya tangan yg buat hantaran he..he nak juga post ...................

Kain untuk baju melayu dan sampin


Kasut untuk Fariz


Jam tangan..... mahal oooo....takut saya nak simpan ... pulangkan kat tuan dia balik....

Wednesday, February 15, 2012


Songkok dan sejadah...



Pulut Kuning dan serunding buatan sendiri.....


Wangian..........


Tuala gulung je.... sebab hantaran nie morden ..............tak perlu gubah2 sanggat


Tali pingang dan walet...............

Wednesday, February 8, 2012

Kucing oh kucing ada sesiapa yg berminat??????

Nama Saya Cina

Nama Saya Sepi

Nama Saya Kiki

Nama Saya Itam

Nama Saya Kembang

Ada sesiapa mahukan saya.... sian kat saya... tuan saya nak buang tapi kesian.... tapi tuanya dah tak larat nak bela sebab banyak sanggat.... tapi tengok muka derang nie kesian sanggat la jadi kalau ada yg berminat nak bela kucing boleh la ambil kucing saya nie sikit.... dah besar nakal semuanya abis pokok bunga saya dikerjakan derang nie....

Monday, January 30, 2012

Sebaik-baik Teman Duduk Adalah Buku

"Buku adalah teman duduk yang tidak akan memujimu dengan berlebihan, sahabat yang tidak akan menipumu, dan teman yang tidak membuatmu bosan. Dia adalah teman yang sanggat toleransi dan dia adalah teman yang tidak akan memaksamu mengeluarkan apa yang anda miliki. Dia tidak akan memperlakukanmu dengan tipu daya, tidak akan menipumu dengan kemunafikan, dan tidak akan membuat kebohongan.

Petikan -La-Tahzan

Tuesday, January 24, 2012

Melaka


Haziqah berposing dengan topinya...


Di depan A'Famosa.... punya la jem jalan ke melaka nie... tak banyak tempat yg kami boleh pergi sebab parking jauh..... lps tu beca... derang letak harga punya la tinggi....nak jalan jauh2 kesian kat mak tak larat...


Cantik istana melaka nie..........


Hadhari dapat limau masuk Zoo Melaka....

Sunday, January 8, 2012

Cup Cakes Yang Comel...

Cup cakes nie untuk pertunangan anak sudara saya ..... Yana dan Udin..... cup cakes tu comel je saiz dia sebenarnya...... kami hias dalam pinggan yang bertingkat untuk hantaran tu.... hantaran yana bertemakan warna unggu dan putih tu yang warna cup cakes tu begitu.... saya suka yg warna putih tu macam salji je....