Thursday, December 16, 2010

Hadis

Meratakan Salam Adalah Termasuk Dalam Keislaman

' Ammar berkata:" Ada tiga perkara, barang siapa yang dapat mengumpulkan ketiga hal itu dalam dirinya, maka ia telah dapat mengumpulkan keimanan secara sempurna, yaitu dapat menginsafi atau menyedari akan dirinya sendiri , menyebar-nyebarkan salam ke seluruh alam dan suka memberi nafkah sekalipun dalam keadaan kekurangan".

Dari Abdullah bin "Amr bahawasanya ada seseorang bertanya kepada Rasulullah S.A.W. : "Amalan dalam Islam yang manakah yang lebih baik?". Beliau S.A.W. menjawab:"Yaitu kamu memberi makan dan mengucapkan salam kepada orang yang kamu sudah kenal kepada yang tidak kamu kenal".

Hadis Riwayat Shahih Bukhary

10 comments:

Abd Razak said...

Assalamualaikum..

Moga atie sihat hendaknya serta sentiasa dalam perlindungan~NYA..

Moga kita dapat mengamalkan 3 perkara ini...

TQ

piewahid said...

salam atie,
t kasih berkongsi tazkirah dan saling mengingatkan.

semoga sentiasa tabah dengan ujian-Nya.

p/s- alangkah indahnya bila kita dpt bersyukur dgn 'kesakitan' yang Dia kurniakan...

atie said...

Salam Razak...

untuk pengetahuan sendiri sambil berkongsi....Terima kasih semoga kita sentiasa dalam rahmat Ilahi...

atie said...

Salam Pie Wahid...

Syukur atas segala nikmat yang diturunkan Ilahi Pie Wahid.... Setiap sesuatu pasti ada hikmahnya... Terima kasih...

mamai said...

la nie salam mmg banyak tapi lain la pulak jadinya

atie said...

Salam Mamai...

Yang tu salam tak iklas.... he..he.. salam biar iklas... ye tak ..

Anonymous said...

Salam Atie,

Selamat berblog kembali selepas 'istirehat'.

atie said...

Salam Kunang-kunang..

Terima kasih kak sudi singgah... tu la bila kurang sihat nie mengup-date blog pun tertaksihat sekali...

Kakzakie Purvit said...

Salam Atie,

Kakak singgah nak tahu khabar. Moga Atie bertambah sihat. Gembira bila ada N3. Kakak terlepas pandang walau jauh di sudut hati ingat.

Moga beroleh kekuatan untuk terus bersama-sama kami semua.

atie said...

salam kakzakie

terima kasih .... kerana selalu mengingati.... semoga kak zakie sentiasa dalam rahmatnya....