Monday, December 27, 2010

CML (Chronic Myeloid Leukemia)

Salam semua sahabat....kali nie nak kongsi sikit pasal CML ataupun Chronic Myeloid Leukemia....
Sebenarnya saya sudah disahkan menghidap penyakit ini.... kalau nak difahamkan lagi ianya sejenis kenser darah yang bertindak dengan pelahan...yang disebabkan oleh kehadiran "kromosom Philaselphia" dalam sel darah putih yang menyebabkan terhasilnya gen mutasi yang bernama "BCR-ABL" yg tidak terdapat dalam badan manusia yang sihat.........mengakibatkan penghasilan sel darah putih yang tak teratur...

Tanda-tandanya amatlah susah untuk dikesan... sebab hanya cepat penat dan pening kepala yang tidak keterlaluan...... rasa cepat kenyang.... kitaran haid yang tidak teratur... kalau wanita lah.... pucat sebab darah merah yang kurang... itu tanda2 yang ada pada saya... mungkin org lain lain pula ceritanya.....

Rawatan....ada sejenis ubat yang perlu dimakan mengikut aturan yang diberikan oleh doktor dan kos rawatanya sanggat mahal....

rasanya setakat nie dulu.. ye... nanti kita cita lagi.... hanya untuk berkongsi fakta... yang mungkin sahabat2 kurang faham sebab faktar kedoktoran.... semoga segalanya dipermudahkan Allah SWT......Semoga sahabat semua sentiasa bahagia hendaknya......................

4 comments:

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Moga atie sihat hendaknya..

Sabarlah ya! Setiap penyakit ada penawarnya. Berusaha dan bertawakal. Moga atie tabah dan semoga Allah kembalikan kesihatan atie...amin

atie said...

Salam Razak ..

Terima kasih ... alhamdulilah kerana segalanya adalah diberi oleh Nya.... sebagai hambaNya saya bersyukur atas segalanya..............

Kakzakie Purvit said...

Salam Atie,

Tersentuh jiwa kakak sebagai seorg wanita, ibu dan seterusnya seorg isteri macam Atie juga.

Ujian Allah hanya diberikan kepada mereka yg kuat. Kakak percaya Atie adalah org yg dipilih Allah utk mengharungi ini semua.

Dari jauh bila kakak teringat selepas solat kakak doakan kesembuhan buat Atie dan juga teman kita piewahid yg mangidap penyakit lebih kurang.

Moga teman kakak ini sembuh juga suatu hari nanti.

atie said...

salam kak zakie...

terima kasih banyak2... kerana mahu berukhuwah di alam maya ini.... semoga akak sekeluarga dirahmati....