Tuesday, December 28, 2010

27 Dis 2010 Genap Usia Koleksi Gubahan Atie 2 tahun

Salam............ sedar tak sedar rupanya saya memulakan catatan di blog nie pada 27 dis 2008 pada hari lahir haziqah juga..... esok 2 senang lah nak ingat.... catatan pertama mengenai hantaran untuk fuad dan azmiran.... semoga saya diberi kemudahan untuk terus berkongsi segalanya bersama sahabat semua.... lupa pulak nak post birthday haziqah kat blog nie..... kami buat makan 2 keluarga je... sebab ummie dia tak larat nak masak banyak2 ..... Happy Birthday Haziqah yang ke 5th

Monday, December 27, 2010

CML (Chronic Myeloid Leukemia)

Salam semua sahabat....kali nie nak kongsi sikit pasal CML ataupun Chronic Myeloid Leukemia....
Sebenarnya saya sudah disahkan menghidap penyakit ini.... kalau nak difahamkan lagi ianya sejenis kenser darah yang bertindak dengan pelahan...yang disebabkan oleh kehadiran "kromosom Philaselphia" dalam sel darah putih yang menyebabkan terhasilnya gen mutasi yang bernama "BCR-ABL" yg tidak terdapat dalam badan manusia yang sihat.........mengakibatkan penghasilan sel darah putih yang tak teratur...

Tanda-tandanya amatlah susah untuk dikesan... sebab hanya cepat penat dan pening kepala yang tidak keterlaluan...... rasa cepat kenyang.... kitaran haid yang tidak teratur... kalau wanita lah.... pucat sebab darah merah yang kurang... itu tanda2 yang ada pada saya... mungkin org lain lain pula ceritanya.....

Rawatan....ada sejenis ubat yang perlu dimakan mengikut aturan yang diberikan oleh doktor dan kos rawatanya sanggat mahal....

rasanya setakat nie dulu.. ye... nanti kita cita lagi.... hanya untuk berkongsi fakta... yang mungkin sahabat2 kurang faham sebab faktar kedoktoran.... semoga segalanya dipermudahkan Allah SWT......Semoga sahabat semua sentiasa bahagia hendaknya......................

Thursday, December 16, 2010

Hadis

Meratakan Salam Adalah Termasuk Dalam Keislaman

' Ammar berkata:" Ada tiga perkara, barang siapa yang dapat mengumpulkan ketiga hal itu dalam dirinya, maka ia telah dapat mengumpulkan keimanan secara sempurna, yaitu dapat menginsafi atau menyedari akan dirinya sendiri , menyebar-nyebarkan salam ke seluruh alam dan suka memberi nafkah sekalipun dalam keadaan kekurangan".

Dari Abdullah bin "Amr bahawasanya ada seseorang bertanya kepada Rasulullah S.A.W. : "Amalan dalam Islam yang manakah yang lebih baik?". Beliau S.A.W. menjawab:"Yaitu kamu memberi makan dan mengucapkan salam kepada orang yang kamu sudah kenal kepada yang tidak kamu kenal".

Hadis Riwayat Shahih Bukhary

Thursday, December 2, 2010

Salam Kembali Berblogger......

Salam buat semua sahabat..... lama sungguh tak meng up-date blog nie.... alasan pertama sejak pindah ke paya jaras nie celcom yang kami guna tak berfungsi dengan baik jadi terpaksa tukar kepada TM la pulak nampaknya........... alasan kedua sibuk pindah agaknya... dan alasa ketiga kesihatan yang tak mengizinkan ........... dalam tempoh 3 minggu pindah ke rumah baru saya rasa kuranng sihat selalu penat dan pening kepala...... tengok muka kat cermin pucat lesi je ingatkan kepenatan pindah rumah baru..... tapi sakit kepala tu tak kurang juga ..... jadi gi klinik swasta cek kot tekanan darah rendah..... tapi katanya ok aje.... jadi saya ambil keputusan untuk cek darah di klinik swasta berkenaan...keputusan keluar doc kata darah saya kurang setengah dari yang biasa... jadi di rujuk ke hospital Sungai Buluh..... sampai di sana saya ditahan di wad selama 10 hari sebab sel darah putih saya tinggi sanggat........ saya juga telah menjalani proses bone marrow ....... ( mengambil sample sum-sum tulang) ......keputusan doc belum keluar lagi tapi sekarang makan ubat dirumah untuk mengurangkan sel darah putih tu..... jadi selepas nie kalau blog nie tak berup-date lama mungkin saya sedang menjalani rawatan selanjutnya....... doakan lah segalanya dipermudahkan Allah SWT........ Semoga sahabat semua sentiasa diberikan kesihatan yang baik .... Wassalam.......