Tuesday, April 20, 2010

Hadis...

Kemanisan Rasa Keimanan

Dari Anas dari NabiSAW sabdanya:" Ada tiga macam perkara, barang siapa yang dalam dirinya terdapat tiga macam perkara itu, maka ia sudah dapat menemukan rasa kemanisan keimanan, yaitu apabila Allah dan RasulNya lebih dicintai olehnya dari pada mencintai yang lain keduanya itu, juga apabila seseorang itu mencintai orang lain, sedang ia mencintainya itu adalah semata-mata mengharapkan keridlaan AllahSWT dan pula apabila seseorang itu membenci kalau sampai kepada kekufuran sebagaimana kebenciannya jikalau ada dilemparkan di dalam api neraka".

Hadis Riwayat Bukhary (ms 37)

10 comments:

mamai said...

sukar nak merasa kemanisan dalam hidup ini...

Abd Razak said...

Bila dpt merasakan kemanisan iman, kita merasan terlalu dekat dgn Allah sehingga melupakan segala apa yang ada di dunia

atie said...

salam mamai..

Cintailah semuanya kerana AllahSWT pasti akan rasa kemanisan dalam kehidupan...


salam Razak...

Semoga kita sentiasa merasai kemanisan iman ,,,,, disampin menjalani kehidupan di dunia kerana AllahSWT

Unknown said...

terima kasih kerana ada N3 yang saling memberi ingatan begini.........

atie said...

Salam Saudara Jinggo...

Sambil membaca sambil menaip.. dan berkongsi ngan rakan2.... kalau tak... tak terbaca buku hadis yang dibeli.. semoga semua mendapat manafaat.....

rezeki said...

salam atie

cintai Allah dan rasul dan kemudian baru diikuti dgn yg lain, insyallah akan mendapat kerahmatan didunia dan diakhirat juga

dunia dikendung, akhirat dijunjung

insyallah

Arianni said...

Salam Atie,

Kemanisan keimanan itu dapat dirasai bilamana kita melakukan ketaatan kepadaNya dan menjalankan segala tuntutan dlm Al Quran dan Sunnah..

atie said...

Salam Rezeki..

Terima kasih atas komen yang membina...

Salam kak Arianni

Al-quran dan sunah jadi pegangan... tu yang nak kongsi hadis bersama tu...

Dearie Pearls said...

Hi Kak Atie..
Selamat berhujung minggu.

baik utk panduan hati..

* Lama betul Dida senyap kan..?
Rindu kat dia..

Ibuhani said...

bila rasa kemanisan iman.....kita akan sentiasa mengingati Allah SWT dlm apa jua situasi krn inginkan keredhaanya.....