Koleksi hantara akan bermula kembali.... Ikuti koleksi seterusnya akan datang..... Koleksi hantaran kali ini dibuat khas supaya senang dibawa naik kapal terbang.... sebab hantaran nie nak dihantar ke Sabah..... Kami guna kotak dan bakul satin kali nie..... Kotak dan bakul satin nie made in Indonesia... kat sini kalau ada pun mesti mahal... Mak pengantin ke Jarkata... jalan2 terjumpa la kotak nie..... Untuk pengetahuan semua kalau ada yang berminat nak kotak satin nie saya ada stok yang hendak di jual..... Saya terpaksa tutup dan bungkus semuanya supaya senang nak dibawa... Tapi kain satin yg ada dlm kotak tu saya tambah sendiri supaya barang yang ada dalam tu tak bergerak-gerak.... Saya gunakan bunga warna pic ...untuk memperlihatkan perbezaan warnanya..... Kepada pengantin Muhsin dan Amalina semoga bahagia selalu .......
Thursday, December 31, 2009
Sunday, December 27, 2009
Happy Birthday To Haziqah.....4th
Thursday, December 17, 2009
Selamat Tahun Baru Hijrah
Salam buat semua sahabat blogger dan sahabat-sahabat yang mengikuti blog Koleksi Gubahan Atie. Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah kepada semua. Sempena tahun baru hijrah nie semoga kita semua akan menjadi hamba Allah SWT yang lebih baik di sisinya...... Semoga amalan dan ketakwaan kita akan direadhai Allah...
Maaf lama tak up-date blog dan pergi ke blog kawan-kawan... kesibukan tak dapat dielakan....
Maaf lama tak up-date blog dan pergi ke blog kawan-kawan... kesibukan tak dapat dielakan....
Friday, December 4, 2009
Kenangan Terindah
Kali nie saya nak kongsi dengan sahabat semua sekeping gambar yang pada saya besar ertinya...Gambar nie diambil selepas majlis perkahwinan ayah dan ibu saya... klasik betulkan..... Ayah dah empat tahun meninggalkan kami akibat barah paru-paru.. beliau nie nampak cool aje tapi saya takut gak ngan dia... dah masuk tingkatan enam barulah kami nie rapat sikit... coz masa tu beliau macam ambil berat sikit kat saya nie.... almaklumlah anaknya nie dok kat asrama dari tingkatan satu sampai enam atas..... Ayah saya berniaga sendiri... kalau cuti.. he.. kena kerah tolong ayah berniaga kat pasar sehari..... tu la agaknya.. kalau disuruh berniaga sekarang nie pun tak malu kot sebab dah biasa....kalau tak berniaga beliau gi gunting rambut.. ada kedai sendiri yang dibuka ikut kehendaknya sendiri... atau ke sawah mengerjakan sawah padinya.... Mak pulak seorang yang gigih orangnya... tak reti dok diam mesti ada aje yang nak dikerjakanya...agaknya saya ikut perangai mak dan ayah kot.. tak reti dok diam.... sampai sekarang mak macam tu lah.....Dulu2 mak saya berniaga gak...tiap hari khamis kat kampung saya berniaga makanan macam laksa, soto.. dan yang paling laris rojak buah dan pecal sedap takkan boleh lupa punya.....sihat lagi orangnya...... salam terindah buat ayah dan ibu......
Monday, November 30, 2009
Gambar Pertama
Ini adalah gambar pertama kami tapi tak tahu lah kalau ada gambar lain selain gambar nie...yang ada cuma gambar nie aje kat saya...mak cerita masa lahir saya nie kecik aje.. tapi bila dah masuk 4... 5 bulan macam tu pulak jadinya... he... he... Yang kat sebelah tu anak saudara saya... dia lahir bulan 11 75 saya pulak bulan 1 76.... tak jauh beza tapi lain tahun.... anak sedara lagi besor dari mak sedara.... Baru beli.. scan jadi layan gambar lama la masuk blog... tunggu yang seterusnya... layan.......
Thursday, November 26, 2009
Salam Aidil Aidil Adha....
Salam sahabat maya dan semua pengikut blog ini...
Semoga kalian semua beroleh kesejahteraan dan kebahagiaan......
Dihari yang berbahagia ini sempena Aidil Adha yang sudah pun menjelang...
Saya sekeluarga ingin mengucapkan Salam Aidil Adha Kepada semua...
Semoga sentiasa mendapat rahmat dari Ilahi....
Kepada sahabat tercinta Dida yang mungkin sudah berada dipadang Arafah untuk wukuf doa buat Dida agar Dida mendapat kemudahan dalam menjalani ibadah Haji.....
Salam buat semua.......
Semoga kalian semua beroleh kesejahteraan dan kebahagiaan......
Dihari yang berbahagia ini sempena Aidil Adha yang sudah pun menjelang...
Saya sekeluarga ingin mengucapkan Salam Aidil Adha Kepada semua...
Semoga sentiasa mendapat rahmat dari Ilahi....
Kepada sahabat tercinta Dida yang mungkin sudah berada dipadang Arafah untuk wukuf doa buat Dida agar Dida mendapat kemudahan dalam menjalani ibadah Haji.....
Salam buat semua.......
Sunday, November 15, 2009
Kotak Cup Cakes Yang Comel
Ha... Salam semua manik tak siap lagi tapi teringin no nak up-date .... Ari tu kawan saya Kak Nor tempah cc 300 .... untuk kawan Kak Nor... Jadi dah Kak Nor dapatkan tempahan... saya pun buat lah buah tangan sikit untuk Kak Nor... Gi kedai jual barang buat kek nie ternampak la kotak cc nie cute pulak ... jadi terbekenan dan terbeli.... cantik kan kalau nak buat buah tangan....
Cc... untuk saiz yang besar sikit sebenarnya... nak bagi nampak cantik... letak le dng bekas plastik tu sekali.... Dibuka untuk tempahan.... kalau ada yang berminat......
Cc... untuk saiz yang besar sikit sebenarnya... nak bagi nampak cantik... letak le dng bekas plastik tu sekali.... Dibuka untuk tempahan.... kalau ada yang berminat......
Wednesday, November 4, 2009
Nak Mintak Cuti Bulanan.....
Salam pada semua Sahabat Maya... dan rakan2 yang mengikuti blog nie....
Pertama nak mintak cuti bulanan dari berbloger dan gi blog kawan2..
Bukan pe... ada kerja... kakak saya hantar baju pengantin dia suruh jahit labuci...
makan sebulan gak nak siapkan....
Tapi kalau saya boring jahit labuci nanti saya akan gi gak jengok blog sahabat semua ye...
Salam semua....
Pertama nak mintak cuti bulanan dari berbloger dan gi blog kawan2..
Bukan pe... ada kerja... kakak saya hantar baju pengantin dia suruh jahit labuci...
makan sebulan gak nak siapkan....
Tapi kalau saya boring jahit labuci nanti saya akan gi gak jengok blog sahabat semua ye...
Salam semua....
Sunday, November 1, 2009
N3................Untuk Suamiku........Umrah Ziarah Mekah Dan Madinah
Masjid Nabi..... Madinah
Sebenarnya gambar nie dirakam kan dalam setahun setengah yang lepas... Semasa suami saya mengerjakan Umrah dan Ziarah ke tanah suci Mekah dan Madinah.... Terasa nak buat N3 nie khas utuk beliau sebab saya rasa ini merupakan antara pengalaman yang manis dalam hidupnya... dapat ke tahan suci......Tentu syok kalau kita dapat gi samakan...... Insyaallah kalau diizinkan nanti pasti kita sampai gak kat sana.....Mudah-mudahan Tuhan memakbulkan doa2 saya untuk ke sana satu hari nanti..... teringin tak terkata bila orang balik dari sana dan cerita bertapa seronoknya dapat ketanah suci....
Thursday, October 29, 2009
Ha..... Buat Apa Tu...
Wednesday, October 28, 2009
Monday, October 19, 2009
Cenderahati Buat Nabila di hari Konvo UITM
Ha... ini adalah cenderahati untuk anak saudara saya Siti Nabila Ismail yang terima diploma pada hari ahad tadi di UITM. Tahnian mak cik dan pakcik sekeluarga ucapkan... semoga lepas nie dapat ijazah pulak .... cenderahati nie mak cik buat sendiri tau Nabila tak beli tau... Kami sekeluarga tak dapat pergi tengok Nabila Konvo jadi kirim hadiah aje la...
Ketupat
Hai... ini permintaan dari anak bujang saya... Raya nak makan ketupat... Dia boleh tunjuk gambar ketupat yang ada kat majalah giant... Jadi ummi nie pun gi le cari daun ketupat dalam hujan2.... anak punya pasalkan .... dah tu pulak si bujang tahun nie puasa penuh dalam bulan ramadhan nie.... Jadi ummie dan abah pun ikut kan ajelah kemahuan si bujang ... Nasib la ummie nie pandai gak menganyam ketupat save sikit kalau tak mahal tau nak beli yang dah siap tu... Ada sapa2 nak belajar anyam ketupat tak meh sini... Ini aje gambar yang diambil menjelang hari raya... masa hari raya pertama tu tak teringgat pun nak ambil gambar sebab terlampau sibuk layan tetamu almaklum pertama kali beraya kat rumah sendiri... sedara-mara ada yang tak percaya kami beraya kat rumah sendiri tahun nie... best gak ...
Rezeki Ramadhan
Ha nie le kerja yang dibuat masa bulan ramadhan yang lepas. Sibuk sampai tak dapat nak up-date blog.... antara kerja2 yang dibuat hias kotak kurma nie pakai reben.... buat reben... gubah kotak... kotak yang kat dalam gambar tu aje dekat 2500... Tapi itulah namanya rezeki ramadhan kan Alhamdullilah. Projek2 lain anak2 tak pulak ambil gambar jadi tak dapat lah nak berkongsi dng rakan blogger semua.
Wednesday, October 7, 2009
Syawal Pertama Dan Terakhir
Syawal tahun ini adalah syawal yang mungkin menjadi satu kenangan yang pertama dan terakhir antara kami sekeluarga bersama Kak Semah. Kak Semah adalah kakak ipar saya kakak kepada suami saya. Kami tak pernah beraya bersama sebelum nie coz Kak Semah tinggal di Terenganu dan kami pula selalunya beraya dikampung terlebih dahulu. Tapi tahun nie beria benar saya nak beraya kat rumah sendiri. Rupanya kami nak sambut raya bersama Kak Semah sekeluarga. Tapi itulah Syawal yang pertama dan terakhir bersama Kak Semah kerana Kak Semah lebih disayangi dan pergi meninggalkan kami semua pada 1 10 09. Semoga Kak Semah ditempatkan bersama mereka2 yang dirahmati Allah S.W.T. . Kepada anak2 Cik Atie dan Mamak Sekeluarga sentiasa ada kalau kalian memerlukan kami. Semoga kalian sentiasa tabah dalam menempuh hari2 mendatang.
Tuesday, September 15, 2009
SALAM AIDIL FITRI BUAT SEMUA
Salam Aidilfitri buat sahabat Maya dan kaum keluarga yang mengikuti blog nie . Semoga Syawal yg akan tiba membawa seribu rahmat buat sahabat dan keluarga. Dikesempatan ini saya sekeluarga memohon maaf atas segala kesalahan, dan diminta halalkan yang termakan dan terminum....Kepada yang sudi boleh lah berkunjung ke teratak buruk kami di kampung simpang tiga gombak... Salam Buat sahabat Maya... Dida-Kasih Rizad , Kak Zai, Razak, Kak KL citizen, Kak Arianni, kak Asyik, LoL, Bujang Susah, Kusut, Budak kampung on-line, Kak Ummi, Ibu Hani, Arryani, Anak Laut, Dapur Tanpa Sempadan, Awal dan Akhir, Nona Manis dan semua rakan bloger. Kalau sudi ambilah kad raya yang tak seberapa nie .... Salam
Saturday, August 29, 2009
Kerja
Nampaknya malam nie terasa sangat nak update blog nie walaupun tak de n3 yang bagus yang nak dikongsikan. Sibuk sampai tak dapat nak berkunjung ke blog sahabat maya semua kerana membuat tempahan hamper untuk hari raya. Tapi bukan kita bos kita cuma kerja dari rumah aje. Tambah pendapatan untuk hari raya. Kerja ikut jadual tu yang tak boleh bersenang-senang sangat nie...Asik-asik auna aje yang bagi info tentang blog rakan2... Kotak komen tu pun dia yang buat bagi betul tu.... Kerja rumah asik tergendala, tiga ke empat hari sekali baru dapat lipat baju...Nasib cik abag tak kisah sanggat... Salam buat semua.... Selamat berbuka puasa... Semoga sentiasa dirahmati Allah S.W.T.
Tuesday, August 18, 2009
Sahabat Maya (Tak Dapat Tinggal Komen)
Kepada semua sahabat Maya, untuk pengetahuan semua sebenarnya tak de masalah pun pada ruang komen dalam blog saya nie.... Cari punya cari rupanya dekat kotak Komen tu kita kena gunakan scroll pada tetikus kita untuk lihat atas dan ke bawah.... Tekan scroll pada kotak komen dan boleh lihat bahagian bawah Kotak komen yang tak kelihatan...... Maaf lama tak melihat blog sahabat semua dan tak update blog nie....terima kasih
Wednesday, August 12, 2009
Selamat Menyambut Ramadhan Kepada Semua Sahabat Maya
Sempena menyambut Ramadhan yang tak lama lagi nie saya sekeluarga mengucapkan selamat menunaikan Ibadah Puasa di bulan Ramadhan tahun ini, semoga sahabat Maya semua sentiasa di beri kemudahan dalam menunaikanya.... kepada semua sahabat Maya saya tak dapat mengunjungi blog2 anda buat masa nie kerana kesibukan yang tak dapat di elakkan menjelang Ramadhan.... ada rezeki yang mendatang terpaksa dilaksanakan.... harap maaf blog Koleksi Gubahan Atie nie pun nampaknya tak dapat di up date selalu kerana kesibukan nie.... Nanti kalau ada kelapangan insyaallah saya akan cuba meluangkan masa untuk itu.... Salam Buat semua........
Terima Kasih.....
Terima Kasih.....
Tuesday, July 28, 2009
Terima Kasih Kasih Rizhad
N3 nie khas untuk Dida dari Kasih Rizhad... Dida sahabat maya saya yang selalu memberikan n3 yang berbentuk nasihat dan peringatan tentang amalan kita sehari... Dari blog Dida kita boleh belajar banyak perkara2 agama dengan lebih jelas dan terang... Saya sangat suka ke blog beliau kerana beliau rajin membalas apa aje comment yang kita tinggalkan kat blog beliau... Kira orangnya mesti peramah nie kan... Terima kasih juga kat Dida kerana sudi mengulas lebih lanjut tentang n3 yang akak buat sebelum nie tentang Puasa..Jadi kepada sahabat2 yang nak tau lebih lanjut tentang Puasa Qadha nie boleh lah ke blog Dida 'KASIH RizHaD'...
Terima Kasih
Terima Kasih
Monday, July 27, 2009
Puasa.....
Salam pada semua kat sini nak gomel sikit pasal puasa nie.... Tak le berapa pandai tapi selalu sanggat lihat tentang Puasa Ganti nie banyak sangat orang perempuan nie liat nak buat...usah kata orang, diri sendiri nie kalau tak diingatkan la berdosa kalau tak buat, rasanya malas gak nak buat.
Puasa ganti nie wajib jadi jangan lah di ambil mudah... peringatan untuk diri sendiri dan kawan 2. Sesungguhnya ingat memperingati itukan di tuntut.... Kita pun selalu buat puasa ganti nie ujung2..banyak betul dugaanya... Untuk renungan bersama...
Datang aje bualan Ramadhan nie paling gembira anak2 saya la coz anak2 nie dah mula puasa awal umur 5 th lagi tp tak le penuh, yang paling rajin melayan anak2 nie abah dia la... cakap aje nak makan apa... banyak abah dapat pahala kan.... terima kasih.
Puasa ganti nie wajib jadi jangan lah di ambil mudah... peringatan untuk diri sendiri dan kawan 2. Sesungguhnya ingat memperingati itukan di tuntut.... Kita pun selalu buat puasa ganti nie ujung2..banyak betul dugaanya... Untuk renungan bersama...
Datang aje bualan Ramadhan nie paling gembira anak2 saya la coz anak2 nie dah mula puasa awal umur 5 th lagi tp tak le penuh, yang paling rajin melayan anak2 nie abah dia la... cakap aje nak makan apa... banyak abah dapat pahala kan.... terima kasih.
Terima Kasih Kepada Semua Sahabat Maya....
Ucapan terima kasih kepada semua sahabat Maya... Semoga kalian semuan sentiasa dalam rahmat Allah S.W.T. Untuk pengetahuan sahabat semua oleh kerana Ramadhan dah dekat jadi nampaknya tak banyak kenduri kahwin akan dijalankan, dengan itu jugaklah terhentinya koleksi hantaran daripada saya, jadi kalau ada yang nak mencari idea untuk hantaran lihatlah koleksi2 yang terdahulu...... Nanti lepas syawal Insyaallah kalau ada yang baru kita paparkan ye....
Terima Kasih Salam Persahabatan...
Terima Kasih Salam Persahabatan...
Riyadah Di Alang Sendayu
Kami sekeluarga selalu riyadah hujung minggu di tempat rekriasi Alang Sendayu Bt. 12 Gombak nie, sebab dekat aje dengan rumah 15minit perjalanan dah sampai... Kat sini best gak ada kolam mandi dan air terjun, kawasanya pun lapang kalau ada yang berminat nak buat hari keluarga... Ada tempat penginapan juga. Anak2 saya suka mandi kolam saya dan suami pun galakan mereka tak takut dengan air... ajar berenang untuk anak yang sulung dan yang nombor dua tu.. Saya pandai gak berenang coz masa kecik2 dulu selalu berkubang dalam parit kat kampung. Kalau ada blogger yang duduk sekitar KL nie bolehlah bawak keluarga datang ke seni tempatnya nyaman sekali.
Friday, July 24, 2009
Dapat Jugak Siapkan Tempahan
Minggu nie rupanya dah seminggu tak menghadap blog nie. Sibuk meyiapkan tempahan cupkek untuk pelangan yang tak pernah bersua muka... Percaya betul pelangan nie kat kita... Terima kasih pada Makwe... Ingatkan tak dapat nak buat cupkek sampai 1000 biji yang ditempah, tapi dah amanah orang gigihkan jugak... nak belajar biasakan diri buat kerja ikut masa. Biasa tengah hari boleh rehat kejap tapi minggu nie tak dapat. Alhamdulilah kesihatan tak terganggu takut gak demam coz terlalu lama berdiri kat dapur........ Tempahan pertama dalam kuantiti yang banyak dah selesai..... Alhamdulilah
Thursday, July 16, 2009
Cup Cakes Bunga Ros
Kek Coklat
Ada sapa2 nak kan resepi kek coklat, kita nak kongsi dng rakan2 resepi kek coklat kita.
Bahan-bahannya (macam bukak kelas memasak lak)
250grm Mentega atau butter
3 cawan (Mug) tepung gandum (ayak le dulukan kalau nak kek cantik tiga kali ok le )
6 biji telur (asing kuning telur dan putihnya ) -putar putih telur sampai kembang
coklat serbuk, air, gula.... 1(Mug) setiap satu masak atas api yang kecil
2 cawan (mug) gula halus (mesin)
1 sudu teh vanilla
1 sudu teh soda
Cara2nya...
Putar mentega dng gula halus sampai kembang, masukan kuning telur satu2, vanilla, coklat yang sudah di masak dng gula dan air, masukan putih telur yang sudah di putar tadi akhir sekali masukan tepung gandum dan soda yang dah di ayak, putar sebati masukan dalam acuan yang disapu dng mentega bakar pada kepanasan 180". masak dalam masa 1 jam.. cucuk, bila lidi bersih boleh lah di angkat
Bahan-bahannya (macam bukak kelas memasak lak)
250grm Mentega atau butter
3 cawan (Mug) tepung gandum (ayak le dulukan kalau nak kek cantik tiga kali ok le )
6 biji telur (asing kuning telur dan putihnya ) -putar putih telur sampai kembang
coklat serbuk, air, gula.... 1(Mug) setiap satu masak atas api yang kecil
2 cawan (mug) gula halus (mesin)
1 sudu teh vanilla
1 sudu teh soda
Cara2nya...
Putar mentega dng gula halus sampai kembang, masukan kuning telur satu2, vanilla, coklat yang sudah di masak dng gula dan air, masukan putih telur yang sudah di putar tadi akhir sekali masukan tepung gandum dan soda yang dah di ayak, putar sebati masukan dalam acuan yang disapu dng mentega bakar pada kepanasan 180". masak dalam masa 1 jam.. cucuk, bila lidi bersih boleh lah di angkat
Wednesday, July 8, 2009
Kenduri Hafiz Dan Ina Kat Kampung
Sekitar majlis perkahwinan anak saudara saya Hafiz dan Ina, Hafiz ni anak kakak saya yang no tiga kalau anak sedara panggil Mak Lang. Kami buat majlis kenduri nie kat kampung kami di Parit 1 Tanjung Karang. Sekarang nie Kakak saya yang tinggal kat kampung nie selepas ayah dah tak de. Khalis tu baru lepas bersunat, tu yang melawa pakai baju melayu tu.... yang pakai baju merah semua tu adik beradik saya la tu... Ok lah semoga ikatan perkahwinan Ina dan Hafiz sentiasa bahagia dan kekal ke akhir hayat dan dirahmati Allah S.W.T.
Tuesday, June 23, 2009
Ini antara koleksi hantaran perkahwinan Fuad dan Azmiran. Masa masukan koleksi nie dulu belum lagi belajar nak edit gambar jadi gambar tu tak cantik sangat. Jadi kita selitkan la tiga koleksi yang dah di edit nie. Kalau nak tau kos nak buat hantaran bagi koleksi nie tak la mahal sangat 7 dulang dalam RM 200. Hantran nie tak la ambil masa yang lama nak buat, kalau ada mood satu hari boleh siap 5 atau 3 dulang mengikut desing hantaran tu. Saya buat hantaran yang simple2 aje tapi saya tekankan pengunaan bunga yang lebih real. Kepada yang berminat untuk menempah hantaran boleh hubungi E-mail saya......
Monday, June 22, 2009
Tuesday, June 9, 2009
Koleksi Pink Putih (Yun dan Razi)
Hantaran nie untuk majlis pernikahan Asmak dan Razi. Asmak nie anak saudara suami saya. Asmak nak tema pink putih untuk majlis pernikahan dan persandinganya. Inilah hasil yang dapat direalisasikan untuk Asmak, semoga kaliaan puas hati dengan hasilnya. Ada lagi sebenarnya hantaran nie. Semuanya ada sebelas dulang yang lagi dua tu nanti kita paparkan bersama-sama gambar masa hari pernikahan dan persandingan yun (asmak) akan datang ye..... Selamat Pengantin Baru semoga sentiasa berbahagia.
Monday, June 8, 2009
Koleksi Coklat Keemasan
Thursday, May 28, 2009
Kek Birthday Party Hadhari
Nie kek birthday party Hadhari yang ke 6 th, Hadhari nak kek Ben 10 jadi mak dia pun carilah gambar Ben 10. Hadhari buat party birthday kat sekolah Hadhari Pasti Al-Qamar sama kawan-kawan dia. Kalau nak tengok gambar sekitar party nie boleh lah berkunjung ke blog family kami http://www.aunaandthefamily.blogspot.com .Selepas nie gambar family akan kami paparkan kat blog tu yang dikendalikan Auna anak sulung saya...... Harap maklum.
Sunday, May 17, 2009
Koleksi Hijau Putih (Dyana & Remy)
Subscribe to:
Posts (Atom)