Wednesday, October 7, 2009
Syawal Pertama Dan Terakhir
Syawal tahun ini adalah syawal yang mungkin menjadi satu kenangan yang pertama dan terakhir antara kami sekeluarga bersama Kak Semah. Kak Semah adalah kakak ipar saya kakak kepada suami saya. Kami tak pernah beraya bersama sebelum nie coz Kak Semah tinggal di Terenganu dan kami pula selalunya beraya dikampung terlebih dahulu. Tapi tahun nie beria benar saya nak beraya kat rumah sendiri. Rupanya kami nak sambut raya bersama Kak Semah sekeluarga. Tapi itulah Syawal yang pertama dan terakhir bersama Kak Semah kerana Kak Semah lebih disayangi dan pergi meninggalkan kami semua pada 1 10 09. Semoga Kak Semah ditempatkan bersama mereka2 yang dirahmati Allah S.W.T. . Kepada anak2 Cik Atie dan Mamak Sekeluarga sentiasa ada kalau kalian memerlukan kami. Semoga kalian sentiasa tabah dalam menempuh hari2 mendatang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
33 comments:
smoga dia ditempatkan bersama org2 yg soleh n beriman...amin. hrp keluarga tabah menghadapi kehilangan....takziah dr ibuhani n keluarga
Salam Atie..
Sedih bila mendengar berita tntg kematian..boleh terbayang macammna keadaan kita bila sendirian didalam kubur, bila tiada lagi sesiapa utk menemani, tiada lagi ibubapa, suami, anak2 dan rakan2 yg sebelum ini menjadi sumber kekuatan rohani dan jasmani..hanya amalan yg menemani..takutnya..kak zai mengenangkannya..
Al-Fatihah buat arwah kak ipar atie tu..sakit apa yer ?
Salam Kakhani.
Terima Kasih .
Kak Zai,
Ya kak, Zai saya pun macam tu gak.. terasa insafnya kerana orang yang baik pun diberi dugaan yang hebat inikan kita yang kurang ilmu didada nie macam manalah bila sampainya masa kita... beliau sakit kanser.. terima kasih.
salam...
Moga Allah terima dia & letakkannya di kalangan orang-orang beriman
Salam Kak,
sedih baca kisah nie..
salam takziah dan semoga tabah.
Salam Razak,
mudah2han, terima kasih...
Hai adik lol...
Terima kasih, lama tak kunjung blog lol nanti akak ke sana k..
Salam atie ...
terharu membaca kisah arwah tu ..
semoga roh beliau dicucuri Rahmat . Di harap anak2 beliau menghadapinya dgn tabah .
Al fatihah !
salam..
semoga kak ipar kak atie tergolong dlm golongan org yg dikasihi Allah..
Al-fatihah buatnya..tq singgah blog saya.
Salam Atie,
Al Fatihah buat kak Semah..Allah lebih menyayanginya..semoga arwah ditempatkan dikalangan orang2 beriman..
Salam Ase1, Fadzilah, Arianni...
Terima Kasih berkunjung dan tinggalkan pesan..
Setiap ciptaannya akan menemuinya suatu hari nanti. Hanya amalan mempercepatkan untuk bersua denganya.
Salam budak kampung online,
terima kasih berkunjung, mudah2han amalan kita diterima yang Esa.
moga dia ditempatkan bersama2 org2 yg beriman.. Al Fatihah
Terima kasih banyak2 cik atie dan keluarga
Sebab banyak menolong umi
Dan tidak serik2 menolong kami
Semoga Allah membalas kalian dengan kebaikan yang banyakkk..
Salam Hussaini,
Pertolongan yang tak seberapa... Hak tetamu adalah layanan yang baik... harap kalian tak serik ke rumah kami lagi... salam ukhuwah dan persaudaraan yang berkekalan...
Salam Maiyah..
terima kasih dan salam persahabatan.
assalammualaikum
innalillahi wa inna ilaihi rojiun
segalanya telah diakdirkan...
semoga yang ditinggalkan sentiasa menghadiahkan fatihah buat yang telah pergi dan tabah menjalani kehidupan
Dear Kak Tie,
Thanks for the birthday wish k..
Salam Kak Kl citizen,
Terima kasih.....
Hai lol,
Sama2.....
terima kasih singgah di tinta semalam.
takziah untuk akak sekeluarga.
Salam Insan Biasa,
Sama2 Salam persahabatan...
Salam KaK Atie,
jumpa kita akhirnya...how's life? mona n famili sihat2 belaka :)
Takziah jugak untuk famili akak for your lost :(
Salam Mona,
Hai lamanya tak jumpa adik akak yang sorang nie... masih macam dulu lagi tak berubah2 kan... kalau nak tengok perkembangan famili akak ha.... boleh le link blog nie dari mula sampai habis .... itulah kelurga akak ... anak2 mona comel2 sungguh ... salam sayang dari akak... bila kita nak jumpa ye teringin sanggat nie...
salam ziarah kak,
semoga roh arwah dicucuri rahmat Allah....
Salam Ain,
Terima kasih, Salam persahabatan
salam atie
al faatihah, semoga roh nya dimasukkan bersama org2 yg beriman. ameen
Salam Kak ummi,
Terima kasih ....
Al Fatihah untuk arwah...
Salam Naz,
Terima kasih singgah dan jadi follower kat blog nie... salam persahabatan.. N3 kat blog naz best gak ha....
sama2... salam perkenalan... :)
Post a Comment