Showing posts with label CML. Show all posts
Showing posts with label CML. Show all posts

Tuesday, February 5, 2013

Alhamdulilah

Alhamdulilah........Terima kasih Ya Allah.....

Isnin yang lepas ada appoinment dengan doc .... perkara biasa setiap 3 bulan sekali.... tapi appoinment kali ini keputusan PCR telah dikeluarkan.... PCR adalah salah satu cara untuk mengetahui kehadiran sel kenser yang hadir didalam darah..... kaedah baru selain BMA . Jika keputusan PCR baik jadi tidak perlu menjalani proses BMA....

Masuk bilik doc... hari tu bersama bonda tercinta.... tak pernah jumpa doc tu sebelum nie...tapi baik dan peramah doc nya.... dia beritahu ujian darah hari itu sanggat baik dan ujian PCR juga sanggat baik... oleh itu tak perlu BMA... dan teruskan makan ubat sahaja... ujian PCR akan dibuat sekali lagi bulan 5 nie... kira setahun dua kali ujian PCR nie akan dilakukan...

Alhamduliah juga kesihat baik-baik aje... kalau ada yg sakit sikit2 tu perkara biasa.....semoga Allah berikan kesihatan yg baik ini berpanjangan....

Sunday, July 10, 2011

Bonemarrow kali kedua esok

Friday, March 11, 2011

Bengkel CML....


Pada 5 Mac 2011 saya dan suami pertama kalinya ke bengkel pesakit CML yang di adakan di PPUM...... nasiblah ada si cik GPS tunjuk jalan kalau tak tah kemana hala nak di tuju....begitulah berubah -rubahnya jalan kat KL nie..... Sampai di PPUM ha..... nak carik bangunan kecemasam dan trauma pulak dah tak tau... he... bukan apa PPUM sekarang banyak buat perubahan kepada bangunanya.... tiba2 pintu lif terbuka sedang kami dok baca2 papan tanda kat dpn lif tu... keluarlah Dr. Faizal dan Ms. Ting dari lif... Dr. Faizal saya kenal masa saya masuk hospital kat sg buluh hari tu Dr Faizal merupakan Dr yang merawat saya di HSB..... Ms. Ting pula salah sorang warga Max Family.... rupanya Dr dan Ms Ting juga nak ke bengkel CML juga jadi kami ikut je lah mereka... jauh juga rupanya... he.... penat den mengejar derang berjalan.... ialah pagi2 saya nie dah jadi lembab sikit berjalan nie... coz... kaki nie bengkak sikit... berjalan pun tak boleh laju.... sampai kat dpn bilik seminar tu jumpa Ms Ching juga salah seorang warga Max Family..... saya dan suami di sambut meriah oleh Ms Ching..... kami pernah jumpa Ms. Ching semasa nak ambil ubat glivec di hospital Ampang..... Ramai juga pesakit2 CML yang hadir hari tu jadi dapatlah kami mendengar segala pengalaman dan cara2 nak mengatasi penyakit nie....... Alhamdulilah.... ada pesakit yang dah makan glivec hampir 12th dan 8 th.... sihat dan cergas orangnya...... daripada situ rasa bersemangat untuk meneruskan rawatan doc..... dan ubat glivec......walaupun ada kesan2 sampinganya...... Ramai juga Dr pakar yang turun menerangkan lebih lanjut dan teperinci kepada kami..... bagus sungguh bengkel2 sebegini.... dan sungguh berterima kasih kepada Max Family yang bersusah paya berusaha untuk mengadakan bengkel sebegini.... Insyaallah kalau di beri peluang saya nak turut sama membantu Max Family......kepada semua..... kalau ada badan2 NGO sebegini haruslah kita sokong...... kerana ianya baik untuk kita juga......Alhamdulilah dapat berkenalan dan mendapat sahabat baru..... pula di bengkel CML.... Alhamdulilah juga... buat masa sekarang saya berasa sihat....alahan juga bertambah kurang...... banyak gambar ambil tapi tidak dapat dipaparkan dlm blog atas permintaan rakan2 CML......kepada sahabat Maya semua semoga bahagia dan bahagia selalu.....

Friday, January 7, 2011

CML (Chronic Myeloid Leukemia)

Salam semua sahabat nak berkongsi sikit tentang CML...... saya sudah pun mula makan ubat yang di bernama glivec.... sejenis ubat khas untuk pesakit CML..... nak cerita sikit kesan sampingan dan pengalaman makan ubat nie selama 3 hari nie.... Hari pertama rasa mual2 malam tu muntah sikit je... Keesokan paginya rasa mual2 juga angin jangan nak cakap sungguh menyiksakan nak keluarkan angin2 didalam badan..... Malam tu nak makan pun tak boleh pasal angin punyalah banyak.....bila gi keluarkan angin tu baru boleh makan dan makan ubat .....keesokan paginya masih terasa angin yang banyak lagi dan petang lepas bangun tidur terasa sakit kat dada.. bila nak tarik nafas macam tersekat kat dada punya sakit bila nak tarik nafas... malam tu lepas makan saya makan ubat tapi lepas satu jam terus muntah..... habis semua yang telah dimakan tadi.... lepas tu barulah rasa selesa sikit dan dapat lah tidur hingga ke pagi... hari nie rasa ok sikit tapi sakit belakang pula melanda..... Alhamdulilah rasanya masih boleh bertahan lagi dengan alahan2 nie... semoga segalanya di permudahkan.... selepas catatan nie mungkin ada lagi catatan2 lain mengenai penyakit CML nie di dalam blog saya supaya saya dapat mencatatkan apa saja yang perlu untuk saya kongsikan kepada semua......Semoga bahagia selalu dan diberikan kemudahan dalam semua urusan kalian..

Monday, December 27, 2010

CML (Chronic Myeloid Leukemia)

Salam semua sahabat....kali nie nak kongsi sikit pasal CML ataupun Chronic Myeloid Leukemia....
Sebenarnya saya sudah disahkan menghidap penyakit ini.... kalau nak difahamkan lagi ianya sejenis kenser darah yang bertindak dengan pelahan...yang disebabkan oleh kehadiran "kromosom Philaselphia" dalam sel darah putih yang menyebabkan terhasilnya gen mutasi yang bernama "BCR-ABL" yg tidak terdapat dalam badan manusia yang sihat.........mengakibatkan penghasilan sel darah putih yang tak teratur...

Tanda-tandanya amatlah susah untuk dikesan... sebab hanya cepat penat dan pening kepala yang tidak keterlaluan...... rasa cepat kenyang.... kitaran haid yang tidak teratur... kalau wanita lah.... pucat sebab darah merah yang kurang... itu tanda2 yang ada pada saya... mungkin org lain lain pula ceritanya.....

Rawatan....ada sejenis ubat yang perlu dimakan mengikut aturan yang diberikan oleh doktor dan kos rawatanya sanggat mahal....

rasanya setakat nie dulu.. ye... nanti kita cita lagi.... hanya untuk berkongsi fakta... yang mungkin sahabat2 kurang faham sebab faktar kedoktoran.... semoga segalanya dipermudahkan Allah SWT......Semoga sahabat semua sentiasa bahagia hendaknya......................