Thursday, July 21, 2011

Perkongsian Bersama 8

"Cukuplah Allah Menjadi Penolong Kami dan Allah Adalah Sebaik-baik Pelindung."

Dalam kehidupan kita sepatutnya kita menyerahkan semuanya kepada Allah SWT , bertawakal dan percaya sepenuhnya janji-janji-Nya, redha dengan apa yang diturunkanya, dan berbaik sangka kepada-Nya, serta menunggu dengan sabar pertolongan dari-Nya. Itu adalah buah keimanan yang paling agung dan sifat paling mulia dari seorang mukmin. Apabila seorang hamba itu tenang menghadapi segala yang diberikan oleh Allah SWT , maka ia akan mendapat pengawasan, perlindungan, pencukupan serta pertolongan dari Allah SWT.

Ucaplah "Hasbunallah wa ni'mal wakil" ( Cukuplah Allah Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung)

Manusia tidak mampu melawan setiap musibah yang melanda dengan kekuatanya sendiri. Kerana manusia adalah mahluk yang lemah. Mereka hanya dapat mengawalnya hanya dengan bertawakal kepada Allah SWT .Percaya hanya Allah SWT maha pelindung dan menyerahkan hanya kepada Allah.

Bertawakallah kepada Allah SWT jika kita mahu keluar dari kesusahan dan selamat dari bencana jadikanlah " Hasbunallah wa ni'mal wakil" sebagai perisai dikala harta yang sedikit, hutang yang banyak, sumber penghidupan yang kering,dan mata pencarian yang terhenti. Mengadulah hanya kepada Allah SWT. Jika kita takut kepada musuh dan cemas terhadap orang yang zalim dan takut akan ditimpa bencana maka ucapkanlah "Hasbunallah wa ni'mal wakil"

Ilham & Sumber ( La Tahzan)
Semoga sahabat semua sentiasa percaya hanya Allah maha Penolong dan Pelindung.

5 comments:

Abd Razak said...

Assalamualaikum sahabat..:)

Sungguh kita ni sangat lemah, tiada daya dan upayanya melainkan pertolongan dan bantuan Allah...

Moga sahabat terus sihat hendaknya..

atie said...

Wassalam Sahabat..

Terima kasih selalu mendoakan kesihatan saya semoga sahabat juga beroleh kesihatan yang baik selalu...

hanya Allah SWT tempat bergantung harap dan meminta pertolongan.

Dearie Pearls said...

Hi kak..
selamat berhujung minggu dan berehat k. nanti update ar tentang kak k. cmner dengan checkup hari tu?

atie said...

hai lol..

Tq... ala minggu nie tak de program le suami sibuk nak siapkan tender... buat bone marrow hari tu keputusanya mungkin 27 nie lol.... itu cuma prosuder biasa je... sekarang nie ok je kesihatan tapi ubat tak boleh miss...

Maiyah said...

assalam..

mnghrgai dan brsyukur akan sntiasa dpt mngharungi sgala dugaan