Tuesday, February 22, 2011

Doa

Tiada Tuhan selain Allah yang Maha Agung lagi Maha Penyantun . Tiada Tuhan selain Allah, Tuhan pemilik ' Arasy yang agung. Tiada Tuhan selain Allah, Tuhan yang Pencipta dan Penguasa langit dan bumi dan Tuhan pemilik 'Arasy yang mulia. Wahai Dzat yang Maha Hidup dan Maha Berdiri sendiri , tiada Tuhan selain Engkau; dengan rahmatmu, aku memohon pertolongan.

Ya Allah, hanya rahmatMu yang kuharapkan, maka janganlah Engkau biarkan diriku terlepas dari kasihsayangMu sekelip mata pun dan perbaikilah selalu keadaanku, tiada Tuhan selain Engkau.

Aku memohon ampunan kepada Allah, yang tiada Tuhan selain Dia, yang Maha Hidup lagi Maha Berdiri sendiri; dan aku bertaubat kepadaNya.

Tiada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang telah berbuat zalim.

Ya Allah, Sesungguhnya aku adalah hambaMu dan anak kepada hamba lelaki dan hamba perempuanMu. Hidupku dan ditanganMu. Telah berlalu qadhaMu padaky dan sesungguh adil hukuman yang Engkau putuskan terhadapku. Aku memohon kepadaMu dengan semua nama yang Engkau milik, yang dengannya Engkau namakna diriMu sendiri, yang Engkau cantumkan dalam kitabMu, yang telah Engkau ajarkan kepada seseorang diantara makhlukMu (NabiMu), atau dengan semua namaMu yang masih tersimpan dalam pengetahuan ghaib yang menjadikan Al-Quran sesuatu yang rimbun dalam hatiku, cahaya dadaku, penglipur kesedihanku gan pengusir kecemasanku.

Ya Allah sesungguhnya aku mohon perlindungan kepadaMu dari kecemasan dan kesedihan, kelemahan dan kemalasan, kekikiran dan sifat penakut, dan dari bebanan hutang dan tekanan orang-orang (jahat).

Cukuplah Allah bagi kita dan Dia adalah sebagai sebaik-baik Pelindung....... (Ali-'Imran:173)

8 comments:

Anonymous said...

Aamin. Semoga doa atie diperkenankan Allah.

Abd Razak said...

السلم عليكم ورحمة الله

Moga Allah perkenankan permintaan Atie...amin

Unknown said...

assalamualaikum...

AMEEN AMEEN AMEEN YA RABBAL A'LAMEEN.

dan semoga majlis nanti akan berjalan lancar...

hai said...

amin!!semoga doa atie dimakbulkan...

Kakzakie Purvit said...

Amin... ya robbal'alamin. Mohon segalanya dipermudahkan ya Atie...

atie said...

Buat semua sahabat............ kunang-kunang... razak...kak ummie ...hai... kakzakie...... doa ini untuk kalian semua.... semoga kita sentiasa diberkati dan dirahmati Allah SWT selalu........dan menjadi hamba yang dicintai di sisinya...

Werdah said...

Assalamu'alaikum atie

Semoga atie sentiasa dalam rahmatNya.. amiin

Semoga kita dapat mengamalkan doa ini.. kerana inilah doa yang diajarkan oleh nabi kita Muhammad saw.

atie said...

terima kasih kak werdah///////////semoga kita sentiasa dalam rahmat yang Esa...