Monday, October 19, 2009

Ketupat


Hai... ini permintaan dari anak bujang saya... Raya nak makan ketupat... Dia boleh tunjuk gambar ketupat yang ada kat majalah giant... Jadi ummi nie pun gi le cari daun ketupat dalam hujan2.... anak punya pasalkan .... dah tu pulak si bujang tahun nie puasa penuh dalam bulan ramadhan nie.... Jadi ummie dan abah pun ikut kan ajelah kemahuan si bujang ... Nasib la ummie nie pandai gak menganyam ketupat save sikit kalau tak mahal tau nak beli yang dah siap tu... Ada sapa2 nak belajar anyam ketupat tak meh sini... Ini aje gambar yang diambil menjelang hari raya... masa hari raya pertama tu tak teringgat pun nak ambil gambar sebab terlampau sibuk layan tetamu almaklum pertama kali beraya kat rumah sendiri... sedara-mara ada yang tak percaya kami beraya kat rumah sendiri tahun nie... best gak ...

Rezeki Ramadhan


Ha nie le kerja yang dibuat masa bulan ramadhan yang lepas. Sibuk sampai tak dapat nak up-date blog.... antara kerja2 yang dibuat hias kotak kurma nie pakai reben.... buat reben... gubah kotak... kotak yang kat dalam gambar tu aje dekat 2500... Tapi itulah namanya rezeki ramadhan kan Alhamdullilah. Projek2 lain anak2 tak pulak ambil gambar jadi tak dapat lah nak berkongsi dng rakan blogger semua.

Wednesday, October 7, 2009

Syawal Pertama Dan Terakhir

Syawal tahun ini adalah syawal yang mungkin menjadi satu kenangan yang pertama dan terakhir antara kami sekeluarga bersama Kak Semah. Kak Semah adalah kakak ipar saya kakak kepada suami saya. Kami tak pernah beraya bersama sebelum nie coz Kak Semah tinggal di Terenganu dan kami pula selalunya beraya dikampung terlebih dahulu. Tapi tahun nie beria benar saya nak beraya kat rumah sendiri. Rupanya kami nak sambut raya bersama Kak Semah sekeluarga. Tapi itulah Syawal yang pertama dan terakhir bersama Kak Semah kerana Kak Semah lebih disayangi dan pergi meninggalkan kami semua pada 1 10 09. Semoga Kak Semah ditempatkan bersama mereka2 yang dirahmati Allah S.W.T. . Kepada anak2 Cik Atie dan Mamak Sekeluarga sentiasa ada kalau kalian memerlukan kami. Semoga kalian sentiasa tabah dalam menempuh hari2 mendatang.

Tuesday, September 15, 2009

SALAM AIDIL FITRI BUAT SEMUA


Salam Aidilfitri buat sahabat Maya dan kaum keluarga yang mengikuti blog nie . Semoga Syawal yg akan tiba membawa seribu rahmat buat sahabat dan keluarga. Dikesempatan ini saya sekeluarga memohon maaf atas segala kesalahan, dan diminta halalkan yang termakan dan terminum....Kepada yang sudi boleh lah berkunjung ke teratak buruk kami di kampung simpang tiga gombak... Salam Buat sahabat Maya... Dida-Kasih Rizad , Kak Zai, Razak, Kak KL citizen, Kak Arianni, kak Asyik, LoL, Bujang Susah, Kusut, Budak kampung on-line, Kak Ummi, Ibu Hani, Arryani, Anak Laut, Dapur Tanpa Sempadan, Awal dan Akhir, Nona Manis dan semua rakan bloger. Kalau sudi ambilah kad raya yang tak seberapa nie .... Salam

Saturday, August 29, 2009

Kerja

Nampaknya malam nie terasa sangat nak update blog nie walaupun tak de n3 yang bagus yang nak dikongsikan. Sibuk sampai tak dapat nak berkunjung ke blog sahabat maya semua kerana membuat tempahan hamper untuk hari raya. Tapi bukan kita bos kita cuma kerja dari rumah aje. Tambah pendapatan untuk hari raya. Kerja ikut jadual tu yang tak boleh bersenang-senang sangat nie...Asik-asik auna aje yang bagi info tentang blog rakan2... Kotak komen tu pun dia yang buat bagi betul tu.... Kerja rumah asik tergendala, tiga ke empat hari sekali baru dapat lipat baju...Nasib cik abag tak kisah sanggat... Salam buat semua.... Selamat berbuka puasa... Semoga sentiasa dirahmati Allah S.W.T.

Tuesday, August 18, 2009

Sahabat Maya (Tak Dapat Tinggal Komen)

Kepada semua sahabat Maya, untuk pengetahuan semua sebenarnya tak de masalah pun pada ruang komen dalam blog saya nie.... Cari punya cari rupanya dekat kotak Komen tu kita kena gunakan scroll pada tetikus kita untuk lihat atas dan ke bawah.... Tekan scroll pada kotak komen dan boleh lihat bahagian bawah Kotak komen yang tak kelihatan...... Maaf lama tak melihat blog sahabat semua dan tak update blog nie....terima kasih

Wednesday, August 12, 2009

Selamat Menyambut Ramadhan Kepada Semua Sahabat Maya

Sempena menyambut Ramadhan yang tak lama lagi nie saya sekeluarga mengucapkan selamat menunaikan Ibadah Puasa di bulan Ramadhan tahun ini, semoga sahabat Maya semua sentiasa di beri kemudahan dalam menunaikanya.... kepada semua sahabat Maya saya tak dapat mengunjungi blog2 anda buat masa nie kerana kesibukan yang tak dapat di elakkan menjelang Ramadhan.... ada rezeki yang mendatang terpaksa dilaksanakan.... harap maaf blog Koleksi Gubahan Atie nie pun nampaknya tak dapat di up date selalu kerana kesibukan nie.... Nanti kalau ada kelapangan insyaallah saya akan cuba meluangkan masa untuk itu.... Salam Buat semua........

Terima Kasih.....