Thursday, July 16, 2009

Cup Cakes Bunga Ros


Ini antara cup cakes yang kita hasilkan resepinya sama aje macam resepi kat bawah tu cuma kita masukan dalam cup aje... bunga ros tu untuk mencomelkannya lagi..
di buka untuk tempahan ... sekali dengan bekas RM 1.oo satu

Kek Coklat


Ada sapa2 nak kan resepi kek coklat, kita nak kongsi dng rakan2 resepi kek coklat kita.

Bahan-bahannya (macam bukak kelas memasak lak)

250grm Mentega atau butter
3 cawan (Mug) tepung gandum (ayak le dulukan kalau nak kek cantik tiga kali ok le )
6 biji telur (asing kuning telur dan putihnya ) -putar putih telur sampai kembang
coklat serbuk, air, gula.... 1(Mug) setiap satu masak atas api yang kecil
2 cawan (mug) gula halus (mesin)
1 sudu teh vanilla
1 sudu teh soda

Cara2nya...

Putar mentega dng gula halus sampai kembang, masukan kuning telur satu2, vanilla, coklat yang sudah di masak dng gula dan air, masukan putih telur yang sudah di putar tadi akhir sekali masukan tepung gandum dan soda yang dah di ayak, putar sebati masukan dalam acuan yang disapu dng mentega bakar pada kepanasan 180". masak dalam masa 1 jam.. cucuk, bila lidi bersih boleh lah di angkat

Wednesday, July 8, 2009

Kenduri Hafiz Dan Ina Kat Kampung



Sekitar majlis perkahwinan anak saudara saya Hafiz dan Ina, Hafiz ni anak kakak saya yang no tiga kalau anak sedara panggil Mak Lang. Kami buat majlis kenduri nie kat kampung kami di Parit 1 Tanjung Karang. Sekarang nie Kakak saya yang tinggal kat kampung nie selepas ayah dah tak de. Khalis tu baru lepas bersunat, tu yang melawa pakai baju melayu tu.... yang pakai baju merah semua tu adik beradik saya la tu... Ok lah semoga ikatan perkahwinan Ina dan Hafiz sentiasa bahagia dan kekal ke akhir hayat dan dirahmati Allah S.W.T.

Tuesday, June 23, 2009


Ini antara koleksi hantaran perkahwinan Fuad dan Azmiran. Masa masukan koleksi nie dulu belum lagi belajar nak edit gambar jadi gambar tu tak cantik sangat. Jadi kita selitkan la tiga koleksi yang dah di edit nie. Kalau nak tau kos nak buat hantaran bagi koleksi nie tak la mahal sangat 7 dulang dalam RM 200. Hantran nie tak la ambil masa yang lama nak buat, kalau ada mood satu hari boleh siap 5 atau 3 dulang mengikut desing hantaran tu. Saya buat hantaran yang simple2 aje tapi saya tekankan pengunaan bunga yang lebih real. Kepada yang berminat untuk menempah hantaran boleh hubungi E-mail saya......

Monday, June 22, 2009

Sunday, June 21, 2009