Salam semua sahabat nak berkongsi sikit tentang CML...... saya sudah pun mula makan ubat yang di bernama glivec.... sejenis ubat khas untuk pesakit CML..... nak cerita sikit kesan sampingan dan pengalaman makan ubat nie selama 3 hari nie.... Hari pertama rasa mual2 malam tu muntah sikit je... Keesokan paginya rasa mual2 juga angin jangan nak cakap sungguh menyiksakan nak keluarkan angin2 didalam badan..... Malam tu nak makan pun tak boleh pasal angin punyalah banyak.....bila gi keluarkan angin tu baru boleh makan dan makan ubat .....keesokan paginya masih terasa angin yang banyak lagi dan petang lepas bangun tidur terasa sakit kat dada.. bila nak tarik nafas macam tersekat kat dada punya sakit bila nak tarik nafas... malam tu lepas makan saya makan ubat tapi lepas satu jam terus muntah..... habis semua yang telah dimakan tadi.... lepas tu barulah rasa selesa sikit dan dapat lah tidur hingga ke pagi... hari nie rasa ok sikit tapi sakit belakang pula melanda..... Alhamdulilah rasanya masih boleh bertahan lagi dengan alahan2 nie... semoga segalanya di permudahkan.... selepas catatan nie mungkin ada lagi catatan2 lain mengenai penyakit CML nie di dalam blog saya supaya saya dapat mencatatkan apa saja yang perlu untuk saya kongsikan kepada semua......Semoga bahagia selalu dan diberikan kemudahan dalam semua urusan kalian..
16 comments:
Assalamualaikum Atie :)
Maaf Atie, lama tak singgah sini jadi tak tahu mengenai penyakit Atie. Benar2 terkejut baca entry ni, moga Allah SWT meringankan kesakitan yg Atie hadapi. Dan semoga Atie cepat sembuh ya..
salam kak arianni...
terima kasih maaf juga sering tak terkunjung blog akak... terima kasih banyak2 atsa sokongan.....semoga bahagia selalu
Salam Atie,
Sungguh rasa terharu kakak dgn ujian yg diberikan olehNya. Kuatkan semangat dan terus berusaha semoga ada kesembuhan...
Teruslah menitip apa saja di KGA sekurang-kurangnya dapat melepaskan cerita dihati dan menjadi panduan....
Assalamualaikum Atie
semoga Atie cepat sembuh... akak pun tak perasan Atie dilanda musibah nie..
teruk juga kesan sampingan ubat. semoga kak atie cepat sembuh dan sentiasa tabah
semoga lekas2 baik. nnti boleh wat ubahan lagi.. :)
salam kak zakie...
terima kasih banyak2 selalu menjengah ke sini.....
kak ummie...
hari tu tak gi kenduri tu kak ummie segan.... lain kali kak ummie singgah la rumah ... kedatangan dinantikan.... terima kasih...
salam seri....
kesannya memang teruk gak tapi buat setakat nie rasanya boleh lah bertahan lagi..... terima kasih singgah...
salam naz...............
lama tak bersiaran dan berkunjung,,,,, semoga naz bahagia selalu rajin2 lah tulis n3 baru.... tq kata2 sokongan...
salam atie,
semoga beroleh shifa' dan tabah dgn ujian Allah.
t kasih ziarah dan sentiasa beri sokongan. maaf kerana lama tak berkesempatan jenguk sbb saya tenggelam dgn kesibukan rawatan dan cuba menenangkan diri. silaturrahim kekal di ingatan.
rupa2nya saya diuji-Nya dgn ujian yg jauh lebih berat dri yg saya pernah fikir... apa2pun syukurlah kerana ada yg lebih berat. Dia yg memberi pnyakit, dia yg menyembuhkan. sekurang2nya saya diberi peringatan supaya sntiasa mengingatinya.
harap sabar selalu menerima rawatan. kita mesti positif.
Salam Pie wahid....
Semoga tabah dalam apa jua dugaan ....alhamdulilah kerana kita antara yang disayangi di beri ujian dan dugaan...... semoga pie wahid bahagia selalu.....
assalamualaikum...
moga atie tabah dalam berusaha untuk menyembuhkan penyakit yang diturunkan pada atie...moga cepat sembuh..amin
ziarah lagi sambil2 mendoakan kesejahteraan dan kesabaran
Atie, dari pengalaman saudara dan kawan2 saya yang mengalami leukimia, telah sembuh dengan mengambil susu kuda.Kalau Atie berminat hubungi saya ppmnun@gmail.com atau 0162064451.
Harap Atie ingat masih tentang nasihat doktor di bengkal CML PPUM, bahawa jangan campurkan ubat-ubatan, supplement ataupun ubat tradisional dengan ubat Imatinib(Glivec) yang anda makan sekarang.
Selalu mendapatkan nasihat doktor sebelum cuba ambil ubat lain.
Wei Meng(The Max Foundation)
Post a Comment