Tuesday, July 28, 2009

Terima Kasih Kasih Rizhad

N3 nie khas untuk Dida dari Kasih Rizhad... Dida sahabat maya saya yang selalu memberikan n3 yang berbentuk nasihat dan peringatan tentang amalan kita sehari... Dari blog Dida kita boleh belajar banyak perkara2 agama dengan lebih jelas dan terang... Saya sangat suka ke blog beliau kerana beliau rajin membalas apa aje comment yang kita tinggalkan kat blog beliau... Kira orangnya mesti peramah nie kan... Terima kasih juga kat Dida kerana sudi mengulas lebih lanjut tentang n3 yang akak buat sebelum nie tentang Puasa..Jadi kepada sahabat2 yang nak tau lebih lanjut tentang Puasa Qadha nie boleh lah ke blog Dida 'KASIH RizHaD'...

Terima Kasih

Monday, July 27, 2009

Puasa.....

Salam pada semua kat sini nak gomel sikit pasal puasa nie.... Tak le berapa pandai tapi selalu sanggat lihat tentang Puasa Ganti nie banyak sangat orang perempuan nie liat nak buat...usah kata orang, diri sendiri nie kalau tak diingatkan la berdosa kalau tak buat, rasanya malas gak nak buat.
Puasa ganti nie wajib jadi jangan lah di ambil mudah... peringatan untuk diri sendiri dan kawan 2. Sesungguhnya ingat memperingati itukan di tuntut.... Kita pun selalu buat puasa ganti nie ujung2..banyak betul dugaanya... Untuk renungan bersama...

Datang aje bualan Ramadhan nie paling gembira anak2 saya la coz anak2 nie dah mula puasa awal umur 5 th lagi tp tak le penuh, yang paling rajin melayan anak2 nie abah dia la... cakap aje nak makan apa... banyak abah dapat pahala kan.... terima kasih.

Terima Kasih Kepada Semua Sahabat Maya....

Ucapan terima kasih kepada semua sahabat Maya... Semoga kalian semuan sentiasa dalam rahmat Allah S.W.T. Untuk pengetahuan sahabat semua oleh kerana Ramadhan dah dekat jadi nampaknya tak banyak kenduri kahwin akan dijalankan, dengan itu jugaklah terhentinya koleksi hantaran daripada saya, jadi kalau ada yang nak mencari idea untuk hantaran lihatlah koleksi2 yang terdahulu...... Nanti lepas syawal Insyaallah kalau ada yang baru kita paparkan ye....
Terima Kasih Salam Persahabatan...

Riyadah Di Alang Sendayu


Kami sekeluarga selalu riyadah hujung minggu di tempat rekriasi Alang Sendayu Bt. 12 Gombak nie, sebab dekat aje dengan rumah 15minit perjalanan dah sampai... Kat sini best gak ada kolam mandi dan air terjun, kawasanya pun lapang kalau ada yang berminat nak buat hari keluarga... Ada tempat penginapan juga. Anak2 saya suka mandi kolam saya dan suami pun galakan mereka tak takut dengan air... ajar berenang untuk anak yang sulung dan yang nombor dua tu.. Saya pandai gak berenang coz masa kecik2 dulu selalu berkubang dalam parit kat kampung. Kalau ada blogger yang duduk sekitar KL nie bolehlah bawak keluarga datang ke seni tempatnya nyaman sekali.

Friday, July 24, 2009

Dapat Jugak Siapkan Tempahan

Minggu nie rupanya dah seminggu tak menghadap blog nie. Sibuk meyiapkan tempahan cupkek untuk pelangan yang tak pernah bersua muka... Percaya betul pelangan nie kat kita... Terima kasih pada Makwe... Ingatkan tak dapat nak buat cupkek sampai 1000 biji yang ditempah, tapi dah amanah orang gigihkan jugak... nak belajar biasakan diri buat kerja ikut masa. Biasa tengah hari boleh rehat kejap tapi minggu nie tak dapat. Alhamdulilah kesihatan tak terganggu takut gak demam coz terlalu lama berdiri kat dapur........ Tempahan pertama dalam kuantiti yang banyak dah selesai..... Alhamdulilah

Thursday, July 16, 2009

Cup Cakes Bunga Ros


Ini antara cup cakes yang kita hasilkan resepinya sama aje macam resepi kat bawah tu cuma kita masukan dalam cup aje... bunga ros tu untuk mencomelkannya lagi..
di buka untuk tempahan ... sekali dengan bekas RM 1.oo satu

Kek Coklat


Ada sapa2 nak kan resepi kek coklat, kita nak kongsi dng rakan2 resepi kek coklat kita.

Bahan-bahannya (macam bukak kelas memasak lak)

250grm Mentega atau butter
3 cawan (Mug) tepung gandum (ayak le dulukan kalau nak kek cantik tiga kali ok le )
6 biji telur (asing kuning telur dan putihnya ) -putar putih telur sampai kembang
coklat serbuk, air, gula.... 1(Mug) setiap satu masak atas api yang kecil
2 cawan (mug) gula halus (mesin)
1 sudu teh vanilla
1 sudu teh soda

Cara2nya...

Putar mentega dng gula halus sampai kembang, masukan kuning telur satu2, vanilla, coklat yang sudah di masak dng gula dan air, masukan putih telur yang sudah di putar tadi akhir sekali masukan tepung gandum dan soda yang dah di ayak, putar sebati masukan dalam acuan yang disapu dng mentega bakar pada kepanasan 180". masak dalam masa 1 jam.. cucuk, bila lidi bersih boleh lah di angkat

Wednesday, July 8, 2009

Kenduri Hafiz Dan Ina Kat Kampung



Sekitar majlis perkahwinan anak saudara saya Hafiz dan Ina, Hafiz ni anak kakak saya yang no tiga kalau anak sedara panggil Mak Lang. Kami buat majlis kenduri nie kat kampung kami di Parit 1 Tanjung Karang. Sekarang nie Kakak saya yang tinggal kat kampung nie selepas ayah dah tak de. Khalis tu baru lepas bersunat, tu yang melawa pakai baju melayu tu.... yang pakai baju merah semua tu adik beradik saya la tu... Ok lah semoga ikatan perkahwinan Ina dan Hafiz sentiasa bahagia dan kekal ke akhir hayat dan dirahmati Allah S.W.T.