Tuesday, March 5, 2013

Bunga Pahar







Semalam ada permintaan dari kawan.. mak cik dia nak tengok bunga telur ... jadi hari nie buat 2 contoh bunga telur untuk dia.... tak pernah buat bunga stokin .. ini lah kali pertama buat.... mudah2han ada rezeki.....

Wednesday, February 6, 2013

Tanbihul Ghafilin

Tanbihul Ghafilin (Peringatan Bagi Yang Lupa)

Topik pertama - Ikhlas ( Bermaksud- Bersih hati dari segala matlamat selain keredhaan Allah)

Rassululah SAW bersabda : " Yang sangat saya khuatirkan atas kamu ialah syirik yang terkecil. Sahabat berkata : Ya Rassululah apakah syirik yang kecil itu ? Jawapanya: Riya'. Pada hari pembalasan kelak Allah berkata pada mereka : Pergilah kamu kepada oran-orang yang dahulu kamu beramal kerana mereka di dunia, lihatlah di sana kalau-kalau kamu mendapatkan kebaikan dari mereka."

Perkongsian bersama - petikan dari buku Tanbihul Ghafilin...

Baru baca je... nanti kita kongsi lagi ...

Tuesday, February 5, 2013

Alhamdulilah

Alhamdulilah........Terima kasih Ya Allah.....

Isnin yang lepas ada appoinment dengan doc .... perkara biasa setiap 3 bulan sekali.... tapi appoinment kali ini keputusan PCR telah dikeluarkan.... PCR adalah salah satu cara untuk mengetahui kehadiran sel kenser yang hadir didalam darah..... kaedah baru selain BMA . Jika keputusan PCR baik jadi tidak perlu menjalani proses BMA....

Masuk bilik doc... hari tu bersama bonda tercinta.... tak pernah jumpa doc tu sebelum nie...tapi baik dan peramah doc nya.... dia beritahu ujian darah hari itu sanggat baik dan ujian PCR juga sanggat baik... oleh itu tak perlu BMA... dan teruskan makan ubat sahaja... ujian PCR akan dibuat sekali lagi bulan 5 nie... kira setahun dua kali ujian PCR nie akan dilakukan...

Alhamduliah juga kesihat baik-baik aje... kalau ada yg sakit sikit2 tu perkara biasa.....semoga Allah berikan kesihatan yg baik ini berpanjangan....

Monday, January 28, 2013

Monday, January 21, 2013

Terima Kasih Ya Allah

Segala puji -puji hanya kepadamu Ya Allah..... Selawat dan salam ke atas junjungan Rasullulah .... Hari ini Kau panjang kan lagi umurku.... untuk menjejak ke usia 37 tahun..... Alhamdulilah.... terima kasih kerana masih di beri kesempatan untuk bernafas dan melakukan tugasku sebagai hamba mu di muka bumi ini.......... dan masih memberi ku kesempatan untuk aku melihat anak-anakku membesar dan mendidik mereka... tiada hadiah yang paling bermakna selain redha dan rahmatMu Ya Allah....aku redha dan terima semua akan pemberian mu........

Monday, January 14, 2013

HKR 112

Di Jalan Petaling

Masjid Negara

Sungguh bersemangat walau pun datang tanpa mendapat imbuhan....ini baru himpunan cintakan negara.... walau tanpa sogokan (rasuah) kami tetap turun kerana kami benci akan rasuah...

En suami .....

Dalam kesesakan manusia.... terjumpa juga dengan anak buahnya.... itu tandanya kuasa Allah SWT melebihi segalanya... cuba call tapi telefon semua tak boleh guna mungkin terlampau ramai manusia kat sana

Gambor ngan mak cik pulak...he..he

Tuesday, November 27, 2012

"Hasbunallah wa ni'mal wakil"

"Hasbunallah wa ni'mal wakil"
" Hasbunallah wa ni'mal wakil" , diucapkan oleh Ibrahim takala dia dilemparkan ke dalam api sehingga api itu tiba-tiba menjadi dingin dan tidak menghancurkan Ibrahim. "Hasbunallah wa ni'mal wakil ", juga diucapkan oleh Nabi Muhamad saat perang Uhud, kemudian Allah pun menolongnya.

Ketika hamba meyedari bahawa semua ini adalah perlindungan rabbani tentunya ia juga akan menyadari bahawa di sana ada Rabb Yang Maha Kuasa, Maha Penolong , Perlindung dan Maha Pengasih. Dan , saat itulah ia bergantung kepada-Nya.

{Maka Allah adalah sebaik-baik penjaga dan Dia adalah Maha Penyayang di antara para penyayang.} QS. Yusuf : 65

Petikan dari buku La - Tahzan