Wednesday, March 23, 2011


Wangian


Kain.....


Duit Mas kahwin.....


Telekong...........


Tempat Cincin.................

Tuesday, March 22, 2011

Kenduri Kesyukuran Rumah Baru....


Tengok ayam goreng tu.... sedapnya kan..... itu bahan untuk soto..... penyedap utama soto kami....


Sibuknya kak Mah menyusun buah epal ....... emak dan makcik potong nasik impit.....



Sibuknya Cik abang saya susun meja..... kami buat kenduri kecil2 aje untuk keluarga...



Kononya rumah nie dah dikemaslah untuk para tetamu....

Ha... tengok tu berapa banyaknya nasi impit yang kami buat .... alhamdulilah... habis dan dapat juga yang bawa bekal untuk balik.... biar lebih jangan tak cukup.......Dalam kenduri nie ada sahabat blogger yang datang ...... ,kak Ummie dari Suatu Perjalanan..... syok betul dapat jumpa kak Ummie... Terima kasih kak Ummie sudi datang tapi gambar ngan Kak Ummie ada kat kamera anak sedara... tak sempat lagi agaknya dia nak postkan kat saya... apa2 pun alhamdulilah kenduri tu berjalan dng lancar dan ramai juga tetamu yang datang walaupun hujan lebat ptg tu....

Monday, March 21, 2011

Durian oh Durian


Bubur kacang durian untuk diri sendiri dan jiran-jiran sempena jatuhnya buah durian dari pokok di belakang rumah.....

Ini lah buah durian yang pertama gugur..... rezeki jiran2 semua kaedah terbaik untuk semua merasa buah durian nie adalah dengan membuat bubur.... he......

Friday, March 11, 2011

Bengkel CML....


Pada 5 Mac 2011 saya dan suami pertama kalinya ke bengkel pesakit CML yang di adakan di PPUM...... nasiblah ada si cik GPS tunjuk jalan kalau tak tah kemana hala nak di tuju....begitulah berubah -rubahnya jalan kat KL nie..... Sampai di PPUM ha..... nak carik bangunan kecemasam dan trauma pulak dah tak tau... he... bukan apa PPUM sekarang banyak buat perubahan kepada bangunanya.... tiba2 pintu lif terbuka sedang kami dok baca2 papan tanda kat dpn lif tu... keluarlah Dr. Faizal dan Ms. Ting dari lif... Dr. Faizal saya kenal masa saya masuk hospital kat sg buluh hari tu Dr Faizal merupakan Dr yang merawat saya di HSB..... Ms. Ting pula salah sorang warga Max Family.... rupanya Dr dan Ms Ting juga nak ke bengkel CML juga jadi kami ikut je lah mereka... jauh juga rupanya... he.... penat den mengejar derang berjalan.... ialah pagi2 saya nie dah jadi lembab sikit berjalan nie... coz... kaki nie bengkak sikit... berjalan pun tak boleh laju.... sampai kat dpn bilik seminar tu jumpa Ms Ching juga salah seorang warga Max Family..... saya dan suami di sambut meriah oleh Ms Ching..... kami pernah jumpa Ms. Ching semasa nak ambil ubat glivec di hospital Ampang..... Ramai juga pesakit2 CML yang hadir hari tu jadi dapatlah kami mendengar segala pengalaman dan cara2 nak mengatasi penyakit nie....... Alhamdulilah.... ada pesakit yang dah makan glivec hampir 12th dan 8 th.... sihat dan cergas orangnya...... daripada situ rasa bersemangat untuk meneruskan rawatan doc..... dan ubat glivec......walaupun ada kesan2 sampinganya...... Ramai juga Dr pakar yang turun menerangkan lebih lanjut dan teperinci kepada kami..... bagus sungguh bengkel2 sebegini.... dan sungguh berterima kasih kepada Max Family yang bersusah paya berusaha untuk mengadakan bengkel sebegini.... Insyaallah kalau di beri peluang saya nak turut sama membantu Max Family......kepada semua..... kalau ada badan2 NGO sebegini haruslah kita sokong...... kerana ianya baik untuk kita juga......Alhamdulilah dapat berkenalan dan mendapat sahabat baru..... pula di bengkel CML.... Alhamdulilah juga... buat masa sekarang saya berasa sihat....alahan juga bertambah kurang...... banyak gambar ambil tapi tidak dapat dipaparkan dlm blog atas permintaan rakan2 CML......kepada sahabat Maya semua semoga bahagia dan bahagia selalu.....

Tuesday, February 22, 2011

Doa

Tiada Tuhan selain Allah yang Maha Agung lagi Maha Penyantun . Tiada Tuhan selain Allah, Tuhan pemilik ' Arasy yang agung. Tiada Tuhan selain Allah, Tuhan yang Pencipta dan Penguasa langit dan bumi dan Tuhan pemilik 'Arasy yang mulia. Wahai Dzat yang Maha Hidup dan Maha Berdiri sendiri , tiada Tuhan selain Engkau; dengan rahmatmu, aku memohon pertolongan.

Ya Allah, hanya rahmatMu yang kuharapkan, maka janganlah Engkau biarkan diriku terlepas dari kasihsayangMu sekelip mata pun dan perbaikilah selalu keadaanku, tiada Tuhan selain Engkau.

Aku memohon ampunan kepada Allah, yang tiada Tuhan selain Dia, yang Maha Hidup lagi Maha Berdiri sendiri; dan aku bertaubat kepadaNya.

Tiada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang telah berbuat zalim.

Ya Allah, Sesungguhnya aku adalah hambaMu dan anak kepada hamba lelaki dan hamba perempuanMu. Hidupku dan ditanganMu. Telah berlalu qadhaMu padaky dan sesungguh adil hukuman yang Engkau putuskan terhadapku. Aku memohon kepadaMu dengan semua nama yang Engkau milik, yang dengannya Engkau namakna diriMu sendiri, yang Engkau cantumkan dalam kitabMu, yang telah Engkau ajarkan kepada seseorang diantara makhlukMu (NabiMu), atau dengan semua namaMu yang masih tersimpan dalam pengetahuan ghaib yang menjadikan Al-Quran sesuatu yang rimbun dalam hatiku, cahaya dadaku, penglipur kesedihanku gan pengusir kecemasanku.

Ya Allah sesungguhnya aku mohon perlindungan kepadaMu dari kecemasan dan kesedihan, kelemahan dan kemalasan, kekikiran dan sifat penakut, dan dari bebanan hutang dan tekanan orang-orang (jahat).

Cukuplah Allah bagi kita dan Dia adalah sebagai sebaik-baik Pelindung....... (Ali-'Imran:173)

Tuesday, February 15, 2011

Hantaran Silver Pink (Hussin)




Hantaran yang di buat tergese-gesa.... hasilnya lihatlah sendiri....... hantaran nie untuk cucu saya hussin.... bertunang aje baru.... bulan tiga nie baru nak langsung perkahwinannya..... jadi ada lagi sekali hantaran yang perlu dibuat untuk hussin...... Ibu hussin hantar barang lambat sebab ibu hussin nie sibuk orangnya...he... jadi beli je barang kat kedai2 dekat rumah nie tak sempat ke SSF.... lps tu guna barang2 yang ada..... hantaran ye tak banyak cuma lima dulang rasanya dah agak lama gambar nie terperuk tak di up-date dalam blog nie.......

Sunday, February 6, 2011

Kejutan Birthday Party Dari Keluarga Ku..........


Hadiah Dari Kalis..............


Hadiah dari kak mah.... alia amal dan abg lim..... TQ...


Chess kek.... dari kak ana..... sedap tu......
terima kasih kpd semua............


22 1 2011..... kak jau kata nak datang rumah bawa mak alasannya lama tak jumpa...... katanya tak payah buat apa 2 sebab dia nak masak keuw teow aje.... he betul ke ejaan tu he..... saya pun buat tak tau aje siap boleh gi berkebun kat belakang rumah .... sekalinya pukul 6.30 ptg... lima bijik kereta sudah memenuhi halaman rumah ku... he... ramai tu datang untuk buat kejutan party birthday untuk saya yang dah tua nie.... alhamdulilah.... masih disayangi dan diingati... oleh semua.... kata org kalau kita sakit nie org lebih sayangkan kita..... semoga terus disayangi dan diingati.... Tq pada semua keluarga yang hadir dan bawak makanan yang banyak sampai tak larat nak makan................