Tuesday, February 22, 2011

Doa

Tiada Tuhan selain Allah yang Maha Agung lagi Maha Penyantun . Tiada Tuhan selain Allah, Tuhan pemilik ' Arasy yang agung. Tiada Tuhan selain Allah, Tuhan yang Pencipta dan Penguasa langit dan bumi dan Tuhan pemilik 'Arasy yang mulia. Wahai Dzat yang Maha Hidup dan Maha Berdiri sendiri , tiada Tuhan selain Engkau; dengan rahmatmu, aku memohon pertolongan.

Ya Allah, hanya rahmatMu yang kuharapkan, maka janganlah Engkau biarkan diriku terlepas dari kasihsayangMu sekelip mata pun dan perbaikilah selalu keadaanku, tiada Tuhan selain Engkau.

Aku memohon ampunan kepada Allah, yang tiada Tuhan selain Dia, yang Maha Hidup lagi Maha Berdiri sendiri; dan aku bertaubat kepadaNya.

Tiada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang telah berbuat zalim.

Ya Allah, Sesungguhnya aku adalah hambaMu dan anak kepada hamba lelaki dan hamba perempuanMu. Hidupku dan ditanganMu. Telah berlalu qadhaMu padaky dan sesungguh adil hukuman yang Engkau putuskan terhadapku. Aku memohon kepadaMu dengan semua nama yang Engkau milik, yang dengannya Engkau namakna diriMu sendiri, yang Engkau cantumkan dalam kitabMu, yang telah Engkau ajarkan kepada seseorang diantara makhlukMu (NabiMu), atau dengan semua namaMu yang masih tersimpan dalam pengetahuan ghaib yang menjadikan Al-Quran sesuatu yang rimbun dalam hatiku, cahaya dadaku, penglipur kesedihanku gan pengusir kecemasanku.

Ya Allah sesungguhnya aku mohon perlindungan kepadaMu dari kecemasan dan kesedihan, kelemahan dan kemalasan, kekikiran dan sifat penakut, dan dari bebanan hutang dan tekanan orang-orang (jahat).

Cukuplah Allah bagi kita dan Dia adalah sebagai sebaik-baik Pelindung....... (Ali-'Imran:173)

Tuesday, February 15, 2011

Hantaran Silver Pink (Hussin)




Hantaran yang di buat tergese-gesa.... hasilnya lihatlah sendiri....... hantaran nie untuk cucu saya hussin.... bertunang aje baru.... bulan tiga nie baru nak langsung perkahwinannya..... jadi ada lagi sekali hantaran yang perlu dibuat untuk hussin...... Ibu hussin hantar barang lambat sebab ibu hussin nie sibuk orangnya...he... jadi beli je barang kat kedai2 dekat rumah nie tak sempat ke SSF.... lps tu guna barang2 yang ada..... hantaran ye tak banyak cuma lima dulang rasanya dah agak lama gambar nie terperuk tak di up-date dalam blog nie.......

Sunday, February 6, 2011

Kejutan Birthday Party Dari Keluarga Ku..........


Hadiah Dari Kalis..............


Hadiah dari kak mah.... alia amal dan abg lim..... TQ...


Chess kek.... dari kak ana..... sedap tu......
terima kasih kpd semua............


22 1 2011..... kak jau kata nak datang rumah bawa mak alasannya lama tak jumpa...... katanya tak payah buat apa 2 sebab dia nak masak keuw teow aje.... he betul ke ejaan tu he..... saya pun buat tak tau aje siap boleh gi berkebun kat belakang rumah .... sekalinya pukul 6.30 ptg... lima bijik kereta sudah memenuhi halaman rumah ku... he... ramai tu datang untuk buat kejutan party birthday untuk saya yang dah tua nie.... alhamdulilah.... masih disayangi dan diingati... oleh semua.... kata org kalau kita sakit nie org lebih sayangkan kita..... semoga terus disayangi dan diingati.... Tq pada semua keluarga yang hadir dan bawak makanan yang banyak sampai tak larat nak makan................


Monday, January 31, 2011

Cuti-Cuti Ke Kemaman & Cherating

Cuti2 ke kemaman untuk majlis perkahwinan anak sedara.. Ruqayah & Taufik..... Husainni & Raihanah...... pastu gi cuti2 ke cherating.... Suria resort..... tapi cuaca tidak mengizinkan untuk cuti lama2 kat sana..... hujan 2.... jadi semalam saja di suria dan balik ke sg buluh...... sorry anak2 ... cuti2 kat rumah aje..... ummie pun kurang sihat kaki tangan bengkak2 nie......ada mat seksi pulak kat belakang tu he..he...

ha duk kat tepi Pantai di kemaman apa pantai Tuk mak nik ...... ha agaknya lah...... kuat sungguh anginya..... sehinga baju nak terbang......syok gak pantai nie....

Friday, January 21, 2011

Happy Birthday To Me............................

Boleh pulak buat N3 Birthday untuk diri sendiri ..... he..he...
Dah tua nampaknya ......Semoga semakin meningkat umur semakin mematangkan usia....
Kepada sahabat2 semoga kalian beroleh kebahagian dan ceria selalu......

Semoga saya menjadi seorang hamba yang taat kepada Pencipta Saya...........

Friday, January 7, 2011

CML (Chronic Myeloid Leukemia)

Salam semua sahabat nak berkongsi sikit tentang CML...... saya sudah pun mula makan ubat yang di bernama glivec.... sejenis ubat khas untuk pesakit CML..... nak cerita sikit kesan sampingan dan pengalaman makan ubat nie selama 3 hari nie.... Hari pertama rasa mual2 malam tu muntah sikit je... Keesokan paginya rasa mual2 juga angin jangan nak cakap sungguh menyiksakan nak keluarkan angin2 didalam badan..... Malam tu nak makan pun tak boleh pasal angin punyalah banyak.....bila gi keluarkan angin tu baru boleh makan dan makan ubat .....keesokan paginya masih terasa angin yang banyak lagi dan petang lepas bangun tidur terasa sakit kat dada.. bila nak tarik nafas macam tersekat kat dada punya sakit bila nak tarik nafas... malam tu lepas makan saya makan ubat tapi lepas satu jam terus muntah..... habis semua yang telah dimakan tadi.... lepas tu barulah rasa selesa sikit dan dapat lah tidur hingga ke pagi... hari nie rasa ok sikit tapi sakit belakang pula melanda..... Alhamdulilah rasanya masih boleh bertahan lagi dengan alahan2 nie... semoga segalanya di permudahkan.... selepas catatan nie mungkin ada lagi catatan2 lain mengenai penyakit CML nie di dalam blog saya supaya saya dapat mencatatkan apa saja yang perlu untuk saya kongsikan kepada semua......Semoga bahagia selalu dan diberikan kemudahan dalam semua urusan kalian..

Tuesday, January 4, 2011

Rumahku Syurgaku..............Halaman 13.


ha... ni lah hasil tanaman kami... pokok ciku pokok pelam dan pokok rambutan.......



halaman depan nie... kekonon buat lanskap lah... he.. nasib lamannya kecik je kalau tak kopak den...



Kacau je tiang talipon tu he... he...



Bunga dihadapan halaman ..... beli je..


Ain tunjuk ulam pegaga tu yang ditanam bonda saya...dalam gambar macam tak nampak la pulak.....