Thursday, December 31, 2009

Koleksi Kotak Satin (Muhsin Dan Amalina)

Koleksi hantara akan bermula kembali.... Ikuti koleksi seterusnya akan datang..... Koleksi hantaran kali ini dibuat khas supaya senang dibawa naik kapal terbang.... sebab hantaran nie nak dihantar ke Sabah..... Kami guna kotak dan bakul satin kali nie..... Kotak dan bakul satin nie made in Indonesia... kat sini kalau ada pun mesti mahal... Mak pengantin ke Jarkata... jalan2 terjumpa la kotak nie..... Untuk pengetahuan semua kalau ada yang berminat nak kotak satin nie saya ada stok yang hendak di jual..... Saya terpaksa tutup dan bungkus semuanya supaya senang nak dibawa... Tapi kain satin yg ada dlm kotak tu saya tambah sendiri supaya barang yang ada dalam tu tak bergerak-gerak.... Saya gunakan bunga warna pic ...untuk memperlihatkan perbezaan warnanya..... Kepada pengantin Muhsin dan Amalina semoga bahagia selalu .......




Sunday, December 27, 2009

Happy Birthday To Haziqah.....4th



Semalam 27hb Dis. 2009.. Haziqah menyambut hari lahirnya yang ke-4... Happy Birthday buat anak ummie Haziqah semoga Haziqah jadi anak yang baik dan cerdik.....Haziqah nak kek barby... ummie buatkan kek untuk Haziqah... cantik tak.......

Thursday, December 17, 2009

Selamat Tahun Baru Hijrah

Salam buat semua sahabat blogger dan sahabat-sahabat yang mengikuti blog Koleksi Gubahan Atie. Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah kepada semua. Sempena tahun baru hijrah nie semoga kita semua akan menjadi hamba Allah SWT yang lebih baik di sisinya...... Semoga amalan dan ketakwaan kita akan direadhai Allah...

Maaf lama tak up-date blog dan pergi ke blog kawan-kawan... kesibukan tak dapat dielakan....

Friday, December 4, 2009

Kenangan Terindah

Sabli Haji Basri - Siti Aisyah Che Mat

Kali nie saya nak kongsi dengan sahabat semua sekeping gambar yang pada saya besar ertinya...Gambar nie diambil selepas majlis perkahwinan ayah dan ibu saya... klasik betulkan..... Ayah dah empat tahun meninggalkan kami akibat barah paru-paru.. beliau nie nampak cool aje tapi saya takut gak ngan dia... dah masuk tingkatan enam barulah kami nie rapat sikit... coz masa tu beliau macam ambil berat sikit kat saya nie.... almaklumlah anaknya nie dok kat asrama dari tingkatan satu sampai enam atas..... Ayah saya berniaga sendiri... kalau cuti.. he.. kena kerah tolong ayah berniaga kat pasar sehari..... tu la agaknya.. kalau disuruh berniaga sekarang nie pun tak malu kot sebab dah biasa....kalau tak berniaga beliau gi gunting rambut.. ada kedai sendiri yang dibuka ikut kehendaknya sendiri... atau ke sawah mengerjakan sawah padinya.... Mak pulak seorang yang gigih orangnya... tak reti dok diam mesti ada aje yang nak dikerjakanya...agaknya saya ikut perangai mak dan ayah kot.. tak reti dok diam.... sampai sekarang mak macam tu lah.....Dulu2 mak saya berniaga gak...tiap hari khamis kat kampung saya berniaga makanan macam laksa, soto.. dan yang paling laris rojak buah dan pecal sedap takkan boleh lupa punya.....sihat lagi orangnya...... salam terindah buat ayah dan ibu......