Monday, December 29, 2008

Koleksi Pic

Koleksi hantaran nie untuk Aziyati dan suami dari kapar. Semoga sentiasa bahagia. Aziyati nak warna pic dan silver untuk hantara nie.
Saya lebih suka guna kertas warna untuk menutupi polisterin kerana kertas lebih kemas dan murah. Saya lebih suka gunakan bahan-bahan yang kosnya rendah tapi cantik biar reben tu mahal sikit kerana reben dapat menaikan seri kepada gubahan.
Terima kasih kepada Aziyati kerana percaya pada akak untuk merealisasikan impian Aziyati.
Gubahan dari kain pelikat dan sejadah kurang kemas sikit rasanya coz kain pelikat tu warnanya kurang sesuai

Ini pula gubahan kain songket dan butang baju melayu

Ini bunga untuk diletakan pada kotak kek.

Ini baju kemeja dan seluar untuk suami aziyati.
Ini pula Al-Quran tak perlu gubahan yang sarat sangat sebab bekas Al-Quran tu dah cukup cantik.
Ini pula sebenarnya untu letak coklat.

Gubahan kasut untuk pihak lelaki reben silver tu saja dipanjangkan untuk memperlihatkan gubahan yang glamor.

Koleksi pink


Ini merupakan antara koleksi pink, kain renda saya gubah simple aje agar tak rosak kain sayang kain mahal kalau dijait atau terlampau di pin sangat.
Ini tuala yang saya gubah menjadi sebekas buah-buahan.

Ini kasut dan beg tangan saya lebih suka gunakan polestrin agak murah dan lebih kemas.


Ini bekas cincin buat simple aje tp saya saratkan dng bunga.

Saturday, December 27, 2008

koleksi pink


Koleksi nie dari hantara anak saudara Fuad dan Azmiran.
Hantaran nie kami hantar sampai ke Pulau Pangkor tau.
Ini koleksi keseluruhan dibawah nanti kita lihat satu persatu dari dekat koleksi sepenuhnya.